Rasanya tak tertahan lagi. Bila berbagai dugaan datang, paling melemahkan aku dia yang aku angggap seperti kakak kandung ku rupanya...hmmm.. Tak sangkakan, di buruk-burukkan kehidupan aku. Luaran nampak baiknya, itulah manusia. Dalam hati hanaya tuhan sahaja yang tahu. Aku takkan mengalah lagi. Aku takkan tunduk lagi pada orang seperti dia.
Sepanjang 1 tahun aku di sini, terlalu banyak kesukaran yang aku lalui. Berbagai tokmahan juga terpaksa aku tanggung. Aku betul2 rasa kecewa. Sikap manusia yang sering lupa diri. Sering memandang hina pada kita yang serba kekurangan ini. Apa dosa aku pada mereka. Tapi aku lebih rela menjauhkan diri dari memikirkan perkara yang takda faedahnya. Tahun 2015 ini, aku berdoa semoga lebih diberkati, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagian dalam kebahagian rumahtangga kami. Aku tidak mahu melatah lagi. Aku tak mahu menangis lagi. Aku akan sentiasa kuat dalam melalui semua rintangan ini... Aku bertekad berubah untuk kebaikan kehidupan kami.
"SeMoGa keBaHaG!aaN M!L!k k!Ta.. aM!N.....!!!"