FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 29 Mac 2011

LuNch & DiNNer For ToDay

      Sejak ada internet di rumah ni bukan main lagi aku, sibuk cari resepi. Mungkin bagi sesetengah orang resepi sebegini mudah sahaja untuk di masak tapi tidak bagi aku sebabnya masa bujang2 dulu aku memang tak suka ke dapur. Salah satu sebabnya aku tak suka bila aku masak orang kritik tak sedaplah, kurang garamlah, tawarlah..hihihi.. Tapi sekarang sejak dah berkeluarga aku jadi suka masak tapi cuma suka masak di rumah aku sahajalah. Rumah orang lain bahkan rumah emak pun aku tak berapa suka duduk di dapur. Entahlah, mungkin itu memang tabiat buruk aku yang paling susah nak di kikis. Mujur mak mertua aku sporting, biarpun kadang diperlinya aku. Tapi biasa saje. Tak terasa pun sebab dah lali dengan sindiran macam tu. Teruk aku ni kan..?!! (n_n) hmmm...

     Bangun pagi hari ini betul2 bersemangat. Mana taknya, cukup tidur badan pun rasa segar. So, lepas siap kemas rumah aku bersemangat nak masak pajeri nenas dan lawannya ayam goreng  berempah. Menu aku untuk tengah hari semalam cuma 2 macam lauk sahaja. Nak masak banyak2 pun yang makan aku bertiga sahaja. Pajeri ni aku buat yang paling simple, santan aku gantikan dengan susu cair  dan nenas pula aku guna yang mudah dan cepat tak payah nak rebus ke or kupas kulitnya. Apa lagi, nenas dalam tinlah..hahaha.. Aku bukan suka buat bende2 yang leceh ni. Apa yang ada di dapur itulah yang akan aku guna. (^_^) 

       Tepat jam 12 tengah hari, suami serta puteri kesayangan aku pulang seperti biasa. Sampai2 sahaja di rumah macam biasalah, anak dara aku akan mula bercerita tentang aktivit di sekolahnya. Orang tu begitulah, orang ini beginilah..macam2lah perkara yang nak diceritakan sampai tak terlayan kita dibuatnya. Tapi seronok sebenarnya bila dengar anak kita berceloteh ni. Itu tanda mindanya berkembang dengan baik. Lepas makan tengah hari suami aku pergi kerja semulalah..tinggallah aku dengan puteri kesayangan.

     Sepatutnya malam ini suami aku kerja sampai lewat malam tapi jam 7malam dia dah terpacak di rumah. Aku sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Lauk tengah hari tadi masih ada. So, aku cuma perlu masak nasi sahaja. Tapi suami aku punyalah rajin malam tadi, dia sibuk nak panggang ayam. Aku pun on je..janji dia yang panggang..hahaha.. Tengoklah gambar ni, muka nampak letih sangat. Tapi dia rajin bab2 memanggang ni.

     Kipas jangan tak kipas..hihihi..lama juga nak memangang ayam ni. Nak menghidupkan api sahaja dah sekian tapi kalau dah saip panggang tu makan mesti sekejap sahaja dah licin pinggan. Sabar jelah..


      Aksi ayah dan anaknya didepan ayam panggang yang berasap. Puteri aku ni memang pantang ayah dia ada di rumah, mana ayah dia pergi dia mengikut sahaja sebabnya bila nampak suamiku berbaju dia ingat ayah dia nak keluarlah tu. Padahal ayahnya nak duduk di belakang sambil bakar ayam. Anak ayah..nak buat macam mana..Tepat jam 8.30 malam semuanya selesai. Time to eat..so next time aku cerita tentang hal lain pula, asyik cerita tentang makan bosan juga. Tata..titi..tutu...(^u^)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan