FoLLoW mE (^_^)

Khamis, 29 September 2011

JiWa YanG LaRa

Biarpun di dalam hati aku bersedih
Tak mungkin aku akan tunjukkan pada mereka
Biarpun aku di dalam kesusahan
Tak akan aku susahkan mereka
Kerana aku tidak mahu menjadi beban

Biarpun didadaku  ini terasa sesaknya
Akan aku cuba bertahan
Akan aku terus harungi segala dugaan ini
Biarpun ada  ketika semangatku terasa semakin hilang
Akan aku cari..dan akan aku kumpul kembali untukku jadikan kekuatan

Jiwaku tak pernah rasa kosong
Tapi seringkali rasa dilukai, dikhianati..
Oleh mereka yang buta hati

Sepi..?!!
Tidak sekali-kali kerana aku punya sahabat yang setia mendengar keluhan..
Luahan..derita dihati..
Bersyukur aku kepada-Nya kerana dikurniakan sahabat seperti dirimu
Yang setia mendengar tangisan hati ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan