FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 26 Jun 2012

Rumah UsanG Dan KenaGan (>,v<)

Rumah usang itu banyak mengajarku erti ke kesusahan dan kepayahan…banyak mengajarku lebih menghargai diri. Tapi sayang seribu kali sayang, hanya aku yang menghargainya manakala yang lain lebih melihatnya kepada rumah usang yang sudah tidak berguna. Seumpama ia sudah tiada nilai lagi… Di rumah usang itu aku dibesarkan… Di rumah usang itu juga aku diijabkabulkan. Banyak sungguh kenangan aku di rumah usang itu. Hakikatnay aku amat merindui penghuni rumah usang itu. Setelah “dia” kembali kepada maha penciptanya rumah itu sudah tiada seri lagi. Hanya suram, keistimewaannya semakin hari semakin pudar. Dan aku sudah tidak berdaya mempertahankan rumah usang itu lagi. Biarlah mereka yang menguruskannya kerana pengorbanan aku selama ini seperti tidak punya nilai di mata mereka. Terutama buat si tua, aku sudah tidak punya belas lagi terhadap kamu kerana kamu sebenarnya seorang penipu dan aku tidak akan mungkin memaafkan kamu lagi. Aku tahu aku berdosa punya perasaan sebegini tapi apa yang aku luahkan, itu yang aku rasakan kini. Keperitan dihati ini, rasa tertipu dan ditipu. Dan aku benar2 rasa dikhianati. Aku bukan lari tapi aku mahu menyendiri. Aku mahu melupakan kamu semua agar hati ini tenang kembali.. Ya, aku sudah tidak sudi bersama kalian lagi kerana kalian sebenarnya “racun berduri”….!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan