FoLLoW mE (^_^)

Sabtu, 17 Ogos 2013

@ku m3m@n6 Bo$@n D3n6@n Ko..!!

Semakin hari miSS ieQa semakin bosan mendengar masalah seorang teman ni... Bukan tak bersimpati dengan keadaannya tapi apa guna miSS ieQa bagi nasihat tapi "masuk telinga kanan, keluar semula telinga kiri.." Sakit pula hati Mak Jemah..!! Serupa macam mencurah air ke daun keladi. Senang cakaplah dia dengan suaminya sama jerr.. Tak boleh nak kata-mengata. Yang paling buat hati Mak Jemah panas bila dia tak habis2 nak menyalahkkan takdir. Bercakap macam rang tak ada pegangan agama. 
-Rasa nak menyorok jerr...!!-

miSS ieQa bukan apa, cakap lebih nanti terasa hati pula. Al-maklumlah mulut Mak Jemah ni macam puaka. Sekali bercakap macam Petir Halilintar...berdesup-desup...Kadang tu rasa serabut juga. (aku ni kalau dah meluahkan perasaan mulalah..!!) Anyway, seriously miSS ieQa memang dah muak and JELEK dengan hal diorang ni. Sayang tengok anak2 macam tak terjaga. Yang sulung tu dah menampakkan keras hati and keras kepala jerrr..kecil lagi tapi  degilnya..adoiiii..!! Kalau kita marah memang tak makan saman dah. Tapi nak salahkan budak tu tak boleh juga. Kita ni kalau mendidik anak tu janganlah kasar sangat, (PERINGATAN buat diri-sendiri juga). Kalau dah selalu naik tangan, budak pun dah LALI dah. Diorg jadi tak heran dengan rotan bagai tu.
Entahlah..kalau diorg ni taknak berubah tak tahulah aku nak cakap. Takda duit jerr jumpa kakak, mintak duit dengan makbapak. Baik tak payah kahwin, dok membujang lagi senang. To all girls and woman out there, kalau nak kahwin tu lain kali carilah yang betul2 boleh jaga kita. Zaman sekarang memang HARUS memandang HARTA. Kalau takat nak bergantung pada cinta jerrr, alamat...makan pasirlah jawabnya.

Tak Pasal2 Jerr, Dia Sentap..Entah Hape2 jerrr...!! @_@

Hairan yerr...komen sikit dah sentap. Pastu mulalah sound2 kita. Padahal niat kita nak bergurau jerrr..tapi yang lawaknya, apa yang dia cakapkan tu macam tak terkene kat batang hidung sendiri dia jerr.. Padahal masa arwah mak aku hidup dulu pun dia sekeluarga takda pun menjengah. Hmmmm..hairan pula rasa. Aku cuma tergelak seorang diri. Nak akap lebih2 nanti takut terasa hati pula, al-maklumlah family sepupu aku ni bukan boleh cakap lebih sikit. Dia bersuara takpa, cuba kita 'sound' dia semula...bertahun2lah tak bercakapnya nanti. So, matikan ayat jerr lah. Habis cerita...

      miSS ieQa malas nak panjang2kan cerita so, the best way is to be SILENT. Kadang sepupu-sepapat ni pandai bercakap jerr tapi diorang tak sedar tentang kesalahan diorang sendiri. Pada miSS ieQa, arwah mak selalu rindukan anak2 buahnya tapi tak semua anak2 buahnya rindukan dia. So, belajar dari sejarah lampau..miSS ieQa keraskan hati jerrr...habis cerita... Cuma lepas ni nak kena berhati2lah bila wat komen tu. Niat kita mudah disalah erti.
@_@

Khamis, 15 Ogos 2013

jGn asYiK menYaLahkaN TakDir..

Kenapa perlu menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri yang tak mahu berubah.

Haiii..tak habis2 lagi rupanya masalah kawan aku yang sorang tu. Tak habis2, si suami tu pula tak habis2 nak menyalahkan takdir. Kenapa susah sangat nak mengaku kesalahan sendiri...?!! Kau  tu ketua keluarga, patut jadi contoh yang baik pada isteri dengan anak2. Ini tak, kau fikir kau je yang betulnya. Banyak handsome muke kau..?!! Uishhh..betul2 bikin panas hati jerr... 

SMS dari isteri kau pada aku..:-
" DIA suka menyalahkan kita dengan mak (mertua DIA) tentang Baba (bapak mertua DIA) yg buat dia susah sampai dia tak bekerja & berduit, sedih kita..mak datang rumah pun  DIA tak salam, buat muka. Benci sangat kat mak,serba salah kita dibuatnya. Apa patut kita buat..? "

Adoiiii..sedih aku dengan masalahnya. Tapi, apa aku boleh buat..?!! Kalau minah ni adik kandung aku senang aku nak bahasakan si jantan tu. Apa aku mampu buat, berdoa jerrrlah... Aku harap suami dia akan sedar suatu hari nanti. Bukan senang nak jadi ketua keluarga. Kalau diri sendiri taknak berubah & asyik nak menyalahkan takdir alamatnya sampai kiamat pun macam tu lah kehidupannya...Berpegang pada rukun islam dan berpandukan rukun iman insya-Allah segala2nya akan berubah. Tapi kalau bercakap mcm orang takde pedoman,hmmmm....tak tahulah kau nka komen apa. So pada LELAKI kat lua sana, kalau nak berBINI tu harap2 korang tahu tanggungjawab korang yer.. Setiap dugaan yang diturunkan pada kita itu ada hikmah disebaliknya. Insya-Allah... Allah itu maha adil, maha mengetahui segala2nya. Berdoa, bersujud dan bermohon kepadanya....