FoLLoW mE (^_^)

Khamis, 28 Julai 2011

anTaRa 2 DaRJaT

Hai manusia, sampai bila kau nak berfikiran cetek sebegitu. Anak sendiri pun nak dibeza2kan sampai sanggup tengok mereka bercerai-berai. Kesian..apa ada pada harta kekayaan berbagai semua kalau tidak bahagia. Macam harta tu boleh dibawa mati pula. Siap perli2 lagi si anak tu. Cucu sendiri pun jadi mangsa hanya kerana kamu semua membenci ayahnya. Kenapa ya..?!! Cucu mu itu masih kecil, janganlah dihina kerana hanya kerana dia punya ayah yang tidak berharta. Ingatkan bila dah pergi HAJI tu makin eloklah sikap mereka, rupanya makin teruk. Astaghfirullahal'azim..apa nak jadi agaknya.
Aku mengenali keluarga ini sudah hampir 10 tahun. Memang dah masak dengan sikap mereka. Berlagaknya..Na'uzubillah..Allah sahaja yang tahu. Yang sedihnya kenapa nak dibezakan darjat antara anak2 mereka. Hina sangatkah manusia yang tidak berharta ini...?!! Aku simpati pada si anak, dari dulu hingga ke hari ini berbagai cara dibuat untuk memuaskan hati keluarganya tapi..ternyata semuanya hampa. Makan hati lagi adalah. "Kakak..baik jd diri-sendiri dari terus2an cuba untuk memuaskan hati mereka. Tiada gunanya lagi  kerana nanti Kakak juga yang kecewa.." Aku doakan dia akan jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini. Bagi keluarganya..insaflah. Harta kekayaan hanya sementara. Bekalan untuk "ke sana" nanti yang perlu di kumpulkan.. Insaflah... Aku doakan semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada keluarga ini. Moga hati mereka tidak gelap dengan harta kekayaan duniawi.

..Manusia kerana harta kekayaan mudah lupa diri..Beginikah yang di beza2kan..? Kaya & miskin..hmmm...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan