FoLLoW mE (^_^)

Sabtu, 23 Julai 2011

TABAHKANLAH WAHAI HATI KU

...tidak seceria dulu..terasa masa berlalu begitu pantas..terasa masa semakin dekat. Bolehkah aku lalui dugaaan ini..? Dapatkah aku tempuhi liku-liku hidup ini..? Hari-hari yang aku lalui kini terasa sesak..sempit..buntu fikiran ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang tersurat dan apa yang tersirat dihati ini hanya Dia lebih mengetahui. Hanya kepadaNya aku berserah..aku berserah..
...sedang aku meniti liku kehidupan ini, banyak perkara aku pelajari. Semakin lama aku dapat mendalami. Hanya kepada-Nya aku berserah, semoga perjalanan hidup ku ini diberkati dalam mencari keberkatan di dunia juga di akhirat kelak..
...minda masih berteka-teki, dalam perjalanan mencari jawapan yang belum pasti. Kuatkan iman, kuatkan hati..semoga Allah memberkati..
...hikmahnya pasti ada..Tabahkanlah Wahai Hati Ku..dalam menempuhi dugaan yang diberi pasti kau mampu melalui, hanya Dia lebih mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan