Rabu, 3 Ogos 2011
KAU PENIPU..!!
Pandai sungguh kau berpura2 mengharap simpati dari mereka. HIPOKRIT sungguh,walhal kau punya perasaan dendam dan benci terhadap kami sekeluarga. Tapi dendam mu itu tak ke mana kerana rasa benci aku terhadap kau sekeluarga membuak2. Betapa aku rasa meluat dengan lakonan kau itu. CUKUP..!! Aku tidak akan beralah lagi. Pergi jahanam kau sekeluarga. Aku tak perlukan kau kerana bagi aku kau yang paling MALANG.. Dulu aku pernah rasa simpati tetapi lakonan mu itu hanya bersifat sementara. Malah..setelah kau tunjukkan belangmu itu aku rasakan kau yang bermasalah bukannya aku. Kesiankan..dari dulu sehingga kini kau tetap ditakuk lama. Ada suami pun macam HAMPAS KELAPA..Tapi suamimu itu pandai sungguh mempergunakan orang. Agaknya sebab kau sudah hidup lama dengannya, kau sendiri sudah terpengaruh dengan perangai buruknya itu. Lantak kaulah.. Kau sekeluarga sudah aku keluarkan dari senarai hidup aku. Bagi aku kau sudah tidak wujud lagi. Selamat tinggal SIMPATI..!! Simpati aku sudah tidak bermakna lagi buat manusia seperti kau. Semoga kau bahagia hidup dalam penderitaan yang kau ciptakan sendiri..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan