FoLLoW mE (^_^)

Ahad, 21 Ogos 2011

Perginya Ibu Tercinta


-Ibuku Dalam Kenangan Bersama Puteriku-


Khamis, 18 ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan..jam 6.20 pagi selepas subuh.. ibu kami Norhayati binti Hj.Mohd Taib telah kembali kepada Pencipta-Nya.. Kehilangannya amat kami rasai. Terasa baru semalam aku berbual dengannya. Namun kami sekeluarga tabah dan redha dengan pemergiannya. Terasa rindu pula, paling aku kesali..ibu tidak sempat bertemu dengan Puteri kesayangan ku. Malam semalam setelah tiba di Pekan tiba2 anakku bertanya di mana Mak Ning (panggilan manja cucu2nya)..terasa sayu..aku menangis melihat ankku..sayu rasanya.. Puas aku tenangkan hatinya.. Berkali2 dia bertanya dimana ibuku..dan berkali2 juga aku menerangkan padanya.. "Ya, Allah..Kau kuatkanlah iman serta tabahkanlah hatiku ini. Berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menenangkan puteriku ini." .Ibu, kami amat menyayangi mu. Cucumu ini jua masih belum mengerti apa2 tapi dia dapat merasakan kehialanganmu. Semoga kami adik-beradik sentiasa bersatu hati. Kami redha dengan pemergianmu ibu..kerana kami tahu Allah lebih menyayangimu..Tenanglah ibu disana, semoga ibu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. AL-FATIHAN...

-Mak akan sentiasa dekat dihati kami-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan