FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 3 Julai 2012

True Story From The Past

Haiiii...penat, pagi tadi bnyak betul kije..skrg tgh relax ckit. Semalam tengah kemas2 buku catatan lame tetibe miSS ieQa terjumpe luahan hati miSS ieQa yg sangat sedih.. Mase tu tgh kecewe dgn one of my friend, rase terluke sangat sampai mmg susah nk lupakan die..(mcm org tgh bercinta plakkan..?!!)..but this was a true story..so miSS ieQa igt nk 'post' kat blog ni...sajerrr..utk kenang-kenangan...

KaU, DiRiKU & KeNaNGaN LaLU
"Suatu ketika ddahulu aku punya seorang teman. Dia bukan sahaja seorang teman buat aku, tetapi dia sudahku anggap seperti saidaraku sendiri. Entah di mana silapnya, aku sendiri tidak pasti.
Namanya sehingga ke hari ini masih segar terpahat dihati. Walaupun dia telah banyak melukai hati ini, tapi aku tetap menyayanginya seperti dahulu. Aku cuba untuk melupakan dirinya..puas..cuba ku kikis segala kenangan bersamanya, tapi sia-sia. Aku tetap merindui dirinya. Mungkinkah dia juga masih mengingati diriku..? Masihkah dia menganggap aku seperti dulu..? Rinduku padanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Teringat kenangan lalu, kami sering berkongsi rahsia. Suka-duka, pahit-manis, kegembiraan...segalanya berkongsi bersama. Entahlah...Aku sedih...hatiku pilu setiapkali teringatkan dirinya.Harapan aku moga disuatu hari nanti dia juga akan merindui diriku. Merindui kenangan lalu..
Sahabat...aku harap kau tahu betapa aku merindui dirimu. Jika aku yang bersalah..maafkan aku. Seandainyha kau masih menganggap aku saudaramu, aku harap kau dapt memaafkan aku. Sekiranya kau ad melukai hatimu tanpa aku sedari, aku harap kau maafkan aku. Ketahuilahmkau tetap dihati. Biarpun aku punya ramai teman tapi tak seorang pun dapat menggantikan tempatmu di hati ini. Tapi apakan daya diri ini, aku terima dlam keterpaksaan seandainya aku sudah tiada dihatimu. Cuma aku ingin berterima kasih kerana kau pernah menyayangiku. Terima kasih juga kerana kau pernah menganggap aku sebagai saudara kandungmu. Terima kasih untuk sejuta kenangan. Memori lalu tak mungkin dapat aku lupakan. Terima kasih untuk segalanya...."

This was wrote on April 2007..Hope she's happy now..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan