FoLLoW mE (^_^)

Rabu, 11 Julai 2012

HATI SEORANG WANITA BERGELAR ADIK JUGA ANAK


Sejauh mana marahnya seorang anak itu, namun jauh disudut hatinya masih ada rasa perasaan kasih dan sayang.  Rindu itu sesekali datang bertandang  di hati. Tapi tetap cuba di nafikan. Entah kenapa, semakin kuat rasa rindu itu semakin sakit rasa dihati. Dan benci itu datang dengan rakusnya. Namun tetap juga dinafikan. Dia ingin lari jauh dari mereka yang amat disayangi. Kerana lukanya terlalu dalam dia lebih rela menjauhkan diri. Bukan niat untuk meninggi diri atau sebaliknya, namun kata2 yang keluar dari mulut seorang lelaki yang bergelar bapa itu sepertinya terlalu mencabar. Kesabarannya sudah sampai ketahap yang sukar dibendung lagi. Apatah lagi die rasakan dirinya seolah2 tertipu dengan janji2 manis yang terdahulu.

Bukan harta yang ingin direbut, tapi kebenaran yang dipinta. Kebenaran yang sudah lama diketahui tetapi teringin benar dia mendengar ungkapan itu keluar dari suara mereka. Tapi hampa..mereka tetap menafikannya. Dan kerana itu hatinya semakin terluka. Katanya, “Biarkanlah mereka, doaku asalkan mereka bahagia. Asalkan aku tidak diganggu lagi…” sedihnya…..

Pasti Allah SWT amat murka kepadaya kerana bersikap dingin sebegitu. Tetapi DIA juga maha mengetahui apa yang terpendam dihatinya selama ini. Dia hanya manusia biasa, lemah dalam mengawal perasaan dan tidak akan lari dari rasa di kecewakan. Hatinya bukan sekali-dua dilukai tapi sudah berkali2 tanpa disedari oleh mereka yang amat disayangi. Dia kini sudah hilang tempat mengadu. Kerana itu dia memilih untuk menyendiri. Usah diganggunya lagi kerana dia pergi untuk mencari ketenangan sambil mengubat rasa kecewa di hati. Lukanya terlalu dalam..usahlah ditambah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan