Hari ni miSS ieQa nak berpuisi
..^_^..
Seharusnya kau pelajari setiap perkara yang berlaku di sekeliling mu
Pernahkah kau berfikir,
setiap tindak-tanduk mu itu, hanya melukakan lagi hati mereka yang membesarkan mu
Mengapa harus kau
EGO..?!!
Hanya kerana kau merasakan dirimu itu sudah cukup dewasa..
DEWASAkah kau..?
Adakah kau mengerti erti DEWASA itu...?
Jadilah manusia yang tahu memikul tanggungjawab
Bukan manusia yang hanya bercakap kosong
Butakah kau..makan minum pakaimu masih di jaga oleh si tua..
yang semakin hari semakin uzur..
Dia membesarkan mu dengan penuh rasa kasih dan sayang
Tapi kau tak henti-henti menyusahkan hidupnya..melukakan hatinya..
Pernahkah kau terfikir, hatinya sering terluka kerana sikap mu..
Kerana bimbangkan kau, makannya tidak menentu..dalam diam air matanya jatuh kebumi
Mengenangkan nasib diri..beban yang tak seharusnya dipikul lagi..
Kau sememangnya manusia yang tak punya tanggungjawab..
EGO..aku takkan melupakan kata-kata terakhir mu...
"Aku sudah besar, aku takkan menyusahkan sesiapa lagi. Aku akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ke atas diri aku.."
Kata-kata budak hingusan yang cukup
EGO..
Kau aku buang dari hidup ku, malah aku takkan lagi mempedulikan kau lagi.
Itu janji aku..
Tak guna aku curahkan kasih sayang ku pada manusia yang EGO seperti kau
Kau dan dia sama sahaja..jadi tiada guna unutk kau mempertikaikan sikapnya..
Kau juga darah dagingnya..
Cerminlah diri, tanyalah hati..
Jika kau masih merasa diri itu sudah
DEWASA..tiada apa lagi yang perlu untuk aku perkatakan lagi
Terserah dan berserah...
Tepuk dada tanyalah hati...