FoLLoW mE (^_^)

Sabtu, 6 Julai 2013

!steri UnTuk D! saYanG!

     "Teringat akan cerita seorang sahabat. Punya suami yang tak pernah tahu menghargai. Baginya, isteri hanya tempat pemuas nafsu. Keperluan iseri diabaikan, tanpa rasa bersalah hasil keringat isteri yang bekerja dengan tanpa rasa bersalah dipergunakan. Layakkan lelaki seperti ini di gelar sebagai suami..?!!"
     Heiiii..pelah yang aku melalutkan ni. Tak habis2 dengan membebel. Aku bukan apa, simpati dengan seorang sahabat ni. Ada suami tapi macam tak hargai langsung pengorbanan isteri. Tadi, isteri dia bercerita pada aku. Katanya pada si suami, "Orang kalau dapat kerja nanti gaji pertama nak ambil lesen kereta.." Nak tahu apa suami dia cakap..?!! " Eh, janganlah lagi. Sayang lepaskanlah untuk abang dulu.." Adoiiii, dan dan jerr nak pekena gaji si isteri nak wat lesen memandu. Macamlah dia tak kerja, duit dia KEDEKUT nak mampus. Si isteri cakap lagi, " Eh, mana boleh. Abang mana boleh pakai duit orang. Lagipun perempuan zaman sekarang tak boleh nak bergantung sangat pada lelaki. Suami HARAM guna @ minta duit dari si isteri melainkan si isteri dengan rela hati memberikannya..." Terkedu suami dia sekejap, tapi sekejap jelah. Dalam pada terkedu tu sempat lagi si suami tu menjawab, " Bukan si isteri memang kene bergantung pada si suami ke..?!!" Wah..wah..wah...sesedap rasa je si suami ni bercakap. Ingat ni zaman perang jepun ke ape orang perempuan nak bergantung hidup dengan lelaki je. Isteri dia cakap lagi, " Ni bukan zaman kuno nak bergantung sepenuh pada lelaki. Awak tu suami patut senangkan anak isteri. Ini tak, duit abang bukan main bersorok lagi. Nak bergantung apa dengan suami macam ni..?!!" Lastnya suami dia terdiam sebab lastnya isteri dia bandingkan diri dia dengan suami aku. Tak pasal2 aku pun masuk dalam cerita diorang. Aku memang rapat dengan dia. Memang kesian, suami dia macam tak ambil pusing dengan keperluan isteri tu. Ada ke patut... Aku harap suami aku takdalah jadi macam tu. Al-hamdulillah..8 tahun berkahwin dengan suami aku makan, pakai aku anak-beranak terjaga. Bersyukur sangat...Semoga Allah SWT panjangkan jodoh kami hingga ke syurga nanti. Pada sahabat kau yang sorang tadi, aku doakan semoga suami dia akan berubah, amin....

Khamis, 4 Julai 2013

RuMahTanGGa Dia..!! Hmmmm...

Lama betol tak online..Blog ni pun rasa macam dah berkurun tak buka.

Oklah semua..aku hari ni nak story sikitlah pasal sipulan ni yang selalu meluahkan masalah rumahtangga dia pada aku. Hmmm..how do i start..?!! Dia ni still young tapi anak dah 2 tau. Muda dari aku lagi tau. Tapi always ada problem dengan husband dia. Nak kata budak ni takda rupa, cantik tapi dia tak pandai nak jaga diri. Alasan..no money..!! Hello..!! it's not about money ok. Kita ni orang perempuan kena sentiasa jaga penampilan tau, kalau tak nanti.. "Tua sebelum waktunya"(..ok..ok..miSS ieQa dah start nak melalut.)

Back to our story..!! ^_^

Aku bukannya apa, tapi kadang kesian bila dengar cerita dari dia. Macam baru2 ni, husband dia dapat kerja kat 1 place ni lah. Dah elok kerjanya, tup..tup...dapat tahu dah berhenti. Reason...gaji tak cukup. Hello..!! Ko nak gaji banyak mana lagi BRO..?!! RM50per day tu tak cukup lagi ke..?!! Kalau takat SPM tu janganlah memilih sangat, anak dah 2 tu BRO.. Tak sabar2 nak gaji di naikkan. Baru kerja tak sampai 3bulan tu BRO ko dah kecoh pasal gaji tak naik. Haishhh...kadang nyampah juga aku tengok muka husband dia tu, tapi dah husband dia kan..kan..nak kata pe. U all's bayangkanlah..nak bawa anak bersunat pun bukan main leceh lagi. Bertangguh2 sampai budak tu nak masuk 8 bulan barulah nak bawa. Hello BRO..!! anak hang tu pompuan. Suka hati laki mak kau je nak bawa anak lambat2 yerr...Mujur ada aku ni yang sudi nak bawa tau. Kalau tak, alamatnya tak bersunat lagilah. Aku bukan nak perkecil2kan suami dia but seriuosly beb, husband dia ni bab agama memang kureng. Dahlah tu taknak plak belajar. Alasan..MALU...Oiiii...menyirapnya aku dengar. Belajar ilmu agama malu, kat tuhan kau tak malu ke BRO..?!! Entahlah..mak bapak dia dulu tak aar agaknya. Kata wife dia, mertua dia ni memang tak amek pusing tentang agama ni. Sibuk dengan duniawi ni jerr...Hmmmm...sabooo jelahkan. Sebenarnya, banayak lagi bende yang sipulan ni cerita tentang rumahtangga dia but aku rasa tak payahlah aku cerita tu semua. Cukup takat ni jerrr..bukan niat nak buka aib orang tapi kita ni bila nak berkahwin biarlah dah bersedia dari segi zahir dan batin. Kahwin ni bukan perkara main2 tau.

Moral of the story..tak salah kalau nak berkahwin di usia yang muda cuma biarlah kita ne betul bersedia. For those girl outside there, kalau nka cari suami tu biarlah yang kukuh kedudukan ekonomi and kalua boleh yang betul2 boleh tanggung kita. Paling penting agamanya kerana dia akan menjadi pembimbing kita. For those boys out there...sediakan ilmu di dada tu dulu sebelum nak pinang anak dara orang. Korang tu nanti bakal ketua keluarga. Imam kepada anak2 korang nanti tau.