"Dugaan ini teramat berat buat aku. Terasa batu besar menghempap kepala ini. Mampukah aku harungi pahit getir. Dia, insan yang amat aku cintai. Segala kebaikannya akan aku kenang, segala keburukan mahupun kekurangan aku terima seadanya. Ya, Allah..aku khilaf dgn kenikmatan duniawi. Terima kasih atas dugaan ini. Kerana ku tahu setiap dugaan yang Kau berikan ini pasti ada hikmahnya. Walaupun hatiku terguris, akan ku setia disisinya. Ya, dia insan bergelar suami. Dia cinta hati ku. Dia juga racun buat ku. Seandainya dugaan ini dapat menyedarkan kami berdua, aku terima dan redha dgn segala2nya. Moga ianya dapat memperbaiki diri kami yg serba kekurangan ini. Harus aku tabah dan kuat utk melaluinya. Insya-Allah.... "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan