FoLLoW mE (^_^)

Ahad, 27 Mac 2011

Masakkan Untuk Keluarga Tercinta

Al-hamdulillah..
      Siap juga menu makan tengahari untuk hari ini. Ini percubaan pertama aku. Nasi minyak berlaukkan ayam masak tomato. Seronok sebab cubaan pertama ini menjadi. Risau juga takut nasi jadi kurang masak ke, lembik ke. Resepi ini aku ambil di internet pada minggu lepas. Memang rancang untuk masak hujung minggu ini. Anak aku makan banyak sangat, seronok. Suami aku pun puji, sedap katanya. Hahaha..sapa cakap aku tak pandai masak, silap oranglahkan..jangan fikir waktu bujang aku tak suka masak, bila kahwin ni aku tak pandai masak langsung. Suka2 hati je mulut orang yang cakap aku macam tu kan.. Tapi nak buat macam mana, kalau mulut tempayan bolehlah aku tutup betul tak. Oppss..melalut pula aku ni, tapi yang pasti aku nak ucap pada best friend aku Along Yatie sebab bagi aku semangat untuk aku cuba masak resepi inikan. Bersungguh2, siap pesan kalau aku sudah siap masak nanti upload gambar2 di FB. Bila dah siap masak tadi, tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni nak2nya masakkan aku tu menjadi. Rasa macam chef pula. Anyway.. sampai disini sahaja kisah masakkan aku ini. Kalau ada masa lagi akan aku karang kisah yang lain pula..bye..*(^_^) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan