FoLLoW mE (^_^)

Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2011

Aidilfitri 2011



Tahun ni agak lain, pertama kali beraya tanpa bonda tercinta. Balik ke rumah di Tanah putih, masih ada bau mak di biliknya. Harum..wangi..sayu rasa hati bila aku duduk katil rasa spt mak msih disitu. Sampai ke hari ini aku rasakan mak dekat dengan kami sekeluarga. Tapi, al-hamdulillah..aku dapat mengawal perasaan rindu ini.
Terubat bila berhari raya di rumah mertua..keriuhan mengubat rindu di hati. Teletah puteriku serta anak2 buah ku sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa. Akan aku jaga rumah pusaka itu sebaik yang mungkin, apa yang termampu akan aku perbaiki. Insya-Allah, bila sampai masanya aku akan kembali ke rumah itu. We love Mak with all our heart. Sekarang yg aku hanya ada ibu mertua, moga dia dapat menjadi tempat aku menumpang kasih dan rinduku pada Mak.

Ahad, 21 Ogos 2011

Perginya Ibu Tercinta


-Ibuku Dalam Kenangan Bersama Puteriku-


Khamis, 18 ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan..jam 6.20 pagi selepas subuh.. ibu kami Norhayati binti Hj.Mohd Taib telah kembali kepada Pencipta-Nya.. Kehilangannya amat kami rasai. Terasa baru semalam aku berbual dengannya. Namun kami sekeluarga tabah dan redha dengan pemergiannya. Terasa rindu pula, paling aku kesali..ibu tidak sempat bertemu dengan Puteri kesayangan ku. Malam semalam setelah tiba di Pekan tiba2 anakku bertanya di mana Mak Ning (panggilan manja cucu2nya)..terasa sayu..aku menangis melihat ankku..sayu rasanya.. Puas aku tenangkan hatinya.. Berkali2 dia bertanya dimana ibuku..dan berkali2 juga aku menerangkan padanya.. "Ya, Allah..Kau kuatkanlah iman serta tabahkanlah hatiku ini. Berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menenangkan puteriku ini." .Ibu, kami amat menyayangi mu. Cucumu ini jua masih belum mengerti apa2 tapi dia dapat merasakan kehialanganmu. Semoga kami adik-beradik sentiasa bersatu hati. Kami redha dengan pemergianmu ibu..kerana kami tahu Allah lebih menyayangimu..Tenanglah ibu disana, semoga ibu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. AL-FATIHAN...

-Mak akan sentiasa dekat dihati kami-

Jumaat, 1 Julai 2011

aKu seRta aTeH seKeLuaRGa BeRsaMa MaK & aBaH

-My Hubby with our daughter  n niece-

Al-hamdulillah abah dan mak sudah keluar dari hospital. Semua baik2 belaka cuma....lupakan sahaja. Malas nak ingat lagi. Biarlah tersimpan di lubuk hati bersama suami sentiasa disisi. Beberapa hari yang lepas berada di Melaka dan semalam aku pulang ke Pekan kerana suami ada urusan kerja. Hari ini juga mak sudah keluar dari hospital. Al-hamdulillah sekali lagi aku bersyukur kepada-Nya. Harap2 lepas ni mak dan abah sihatlah hendaknya. Malam ni seronok kerana aku sekeluarga serta Ateh sekeluarga berada di rumah Kuantan bermalam disini. Tapi esok kami sekeluarga perlu pulang ke Melaka semula kerana suami ada tugas di Batu Pahat pula. Harap lepas ni tiada masalah lagi.  Gambar mak dan abah tak ada sebab diorang dah tido tinggal kami sahaja yang mata2nya masih segar..huhuuu..(^_^)

Selasa, 28 Jun 2011

ALLAH-HUAKBAR..

Allah-Huakbar...lepas satu, satu dugaan datang pada keluarga kami..Abah belum lagi keluar hospital, tepat jam 12mlm tadi mak pula dikejarkan ke unit kecemasan. "Ya, Allah..berikanlah kekuatan pada diriku ini.." Lewat malam tadi mak mengadu sakit dada.. aku dah kelam-kabut.. cepat-cepat call MakCik aku sebab buku perubatan mak ada padanya. Sampai di depan pintu kecemasan belum sempat buka mulut mak dah rebah di kaunter. Ya, Allah...Ya, Rabbiii.. Ya, Salam.. Aku kuatkan semangat aku, orang didepan kaunter pun dah kelam kabut. Cepat-cepat mak di bawa ke unit kecemasan.. 15minit kemudian, MakCik dan PakCik aku tiba di hospital. Lama juga menanti keputusan, kemudian kelihatan mak di bawa ke bilik X-Ray. Lepas kelihatan mak dibawa masuk semula ke bilik rawatan kecemasan. Hampir 4jam menanti keputusan. Sampai aku hampir-hampir pitam di situ. Lastnya aku suruh suami aku pula yang menunggu. Tak lama kemudian, tepat jam 4pagi SAH sudah mak terpaksa ditahan di wad... Harap mak juga cepat sembuh. Esok aku sudah terpaksa pulang ke Melaka, harap adalah yang dapat pulang untuk menjaga mak dan abah di hospital. Harap mak dan abah cepatlah sembuh..

Isnin, 27 Jun 2011

SeMaKin puLiH..AL-HaMDuLiLLah

Aku still ada di kuantan..Adik-beradik semua sudah pulang ke rumah masing-masing, yang tinggal aku sekeluarga. Esok aku pula akan pulang ke Melaka. So far abah sudah beransur pulih tapi masih berada di Hospital. Harap abah cepat sembuh. Mak pula tinggal seorang diri di rumah risau pula aku esok. Ajak ikut aku balik ke Melaka dia tak mahu. Harap abang-abang aku dapat menjaga emak sewaktu ketiadaan kami. Abah cepat sembuh yee..!!

Ahad, 26 Jun 2011

sEmOGa aBaH cePaT sEmBUH


- GaMBaR keNaNGaN waKTu aBaH & maK siHaT LaGi -

Sedang sibuk aku melayan filem DEVDAS suddently kaklong called. Alangkah terkejutnya aku bila mendengar berita yang disampaikan. Abah dikejarkan ke unit KECEMASAN kerana serangan strok. Aku bergegas menghubungi suamiku. Hari ini betul-betul kelam-kabut..Jam 4 petang aku bergerak dari Melaka untuk pulang ke Pekan. Sampai di Pekan agak lewat jadi tak dapat melawat abah lagi. Tapi semau adik-beradik sudah berkumpul dirumah kuantan kecuali aku sekeluarga singgah dirumah Pekan. Esok kami akan melawat abah bersama. Harap semua baik-baik belaka. BF aku ( @H cHoNG ) pun ada menghubungi aku petang tadi sebab dia bertugas di unit Kecemasan. Harap semuanya akan baik. Terima kasih pada UncLe DinN sekeluarga dan MaK TeH sebab sudi membantu kami yang jauh ini. Jasa kalian amat kami hargai..

Rabu, 22 Jun 2011

PuTeRi Ku BeRJaYa...!!

Tepat jam 12 tegahari, puteriku pulang dari sekolah..wah, bersemangat lagi. Belum masuk rumah dia dah panggil aku..rupa2nya nak tunjukkan hadiah yang Atiyah menang..terharu rasanya..


Tahniah buat puteri kesayangan kami NOR 'ATIYAH INSYIRAH, menang tempat pertama..!!
Ibu and Ayah love u so much..



Pingat yang dimenanginya...Berjaya...!!


BERSEMANGAT BETUL


Tepat jam 7pagi puteri aku dah terpacak atas tilam busuknya, awal betul dia bangun pagi ni. Bukan apa, semangat sangat sebabnyerr hari ini dia ada SINGING CONTEST di sekolah. Pakai pun cantik siap make-up lagi. Habis lipstik Maybeline aku di sental kat bibirnya. Tapi aku terlupa nak ambil gambar pagi tadi. Tepat jam 7.30pagi, gerak untuk ke sekolah. Hari ni siap dengan aku sekali menghantar. Huhuu..punyalah semangatkan..!! Harap-harap Atiyah boleh buat persembahan dengan baik walaupun ibu jarinya masih sakit lagi. All the best to my princess..

Selasa, 21 Jun 2011

SaLaH MaKaN


Mak tak sihat hari ni sebab salah makan..adoiii..perut "sebu" katanya. Malam tadi makan gulai nangka..hmmm..harap-harap mak sihat cepat..kesian mak, ajak datang sini tak mahu.. Harap mak sihat cepat..

Waaa..!! Sakitnyeee...

Hari ni badan betul-betul rasa tak sihat..biasalah,sakit orang perempuan. Seperti biasa tepat jam 12 tengahari anak aku akan pulang dari sekolah. Tapi hari ni dia tiba awal. Aku tak memasak hari ni, so memang plan nak makan kat luar. Suami aku sampai, aku pun cepat-cepatlah nak bersiap. Tiba-tiba....
Waaaaa.....!!
Anak aku menangis dari dalam kereta, rupanya jari terkapit dengan pintu kereta..Wallaweee..bengkak siot. Aku kelam-kabut cari minyak gamat dalam rumah. Dia tak pernah menangis sampai teresak, jatuh macam mana pun dia akan menangis sekajap jerr.. Tapi, hari ni dia menangis dengan penuh perasaan..sakit tu... Aku tengok ibu jari dia makin membengkak. Kesian puteri ku..Minyak gamat pun dah aku letakkan, harap 'Atiyah cepat sembuh.

Rabu, 15 Jun 2011

OMG...!!! Tidak....!!!


Hampir 70kg. Oh, tidak...!! Berat badan aku makin menjadi-jadi ni, macam mana ni..?!!

Pagi ni seperti biasa rutin harian aku menyiapkan anak ke sekolah dan kemas rumah. Bila semua sudah siap aku pun menyiapkan diri aku pula (^_^). Tiba-tiba tergerak hati nak timbang berat badan. Aku pun dengan selambanya naik ke atas penimbang berat badan yang suami aku beli beberapa bulan yang lepas. 
ALAMAK..!!

Terkejut aku, berat badan aku semakin naik. Aku dah mula risau ni. Macam manalah aku nak turunkan berat badan aku ni. Adoiii.. Rasanya dah nak kene diet ni, tapi macam mana..? Selera makan aku sejak 2 menjak ini makin menjadi-jadi. Macam mana nak kawal yerr..waaa....!! Mesti POSITIF..aku mesti positifkan diri. Bermula hari ini aku akan kawal pemakanan aku. Macam mana sekali pun aku mesti turunkan berat badan aku ni.(Wah..bersemangat pula sekarang..!!) Aku mesti buang vitamin M yang terlalu banyak membiak dalam badan aku ni. Mesti kuatkan semangat. "KATAKAN TIDAK PADA KEGEMUKKAN." huhuhu...ye..ye je aku ni. So, start from tomorrow morning aku akan exercise. "POCO-POCO, HERE I COME.." Esok pagi lepas siap kerja rumah aku akan pastikan berpoco-poco untuk keluarkan peluh. Kene buang kolestrol berlebihan ni.. All the best to myself..huhuhu...

Selasa, 14 Jun 2011

Puteriku & Kad Repotnya


Cuti sekolah sudah pun berakhir. Anakku bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Seronoknya tak dapat nak digambarkan. Tapi, setiba di sekolah dia menangis. Katanya nak ke sekolah lain.. macam2 kerenah dapat ku lihat pagi ini. Agaknya kerana terlalu lama bercuti mood untuk ke sekolah semula agak liat hari ini. Tapi puteriku hanya menangis seketika. Bila dah jumpa kawan2 dia kelihatan gembira. Al-hamdulillah..tak susah nak memujuknya.
     
Time to pick up my daughter...!!

       Biasanya rutin ambil dan menghantar dilakukan suami aku. Tapi, memandangkan hari ini suamiku masuk kerja agak lewat jaddi aku mengikut sama. Setiba di sekolah dia bukan main gembira seolah2 ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama. REPORT CARD sudah keluar rupanya. Walaupun dia masih belum mengerti apa maksudnya tapi kelihatannya sangat gembira."Ibu..ibu..teacher suruh tgk buku pink ni.."katanya sambil menghulurkan REPORT CARDnya.. Al-hamdulillah keputusannya diluar jangkaan aku. Lagi seronok bila kami memujinya.."Pandailah 'Atiya ni, macam tulah anak ibu dan ayah..". Bila aku renung2 kembali, betapa dia membesar dengan cepat. Semakin pintar puteriku. Walaupun adakala sikap nakalnya mencabar kesabaran aku tapi aku gembira kerana dia membesar dengan sihat. Semoga dia tidak menghampakan kami. Membesarlah wahai puteriku, jadilah anak yang solehah dan tahu menghormati orang tuanya. Kepada-Nya aku berserah kerana Dia lebih mengetahui perjalanan hidupku di waktu mendatang.

Selasa, 29 Mac 2011

LuNch & DiNNer For ToDay

      Sejak ada internet di rumah ni bukan main lagi aku, sibuk cari resepi. Mungkin bagi sesetengah orang resepi sebegini mudah sahaja untuk di masak tapi tidak bagi aku sebabnya masa bujang2 dulu aku memang tak suka ke dapur. Salah satu sebabnya aku tak suka bila aku masak orang kritik tak sedaplah, kurang garamlah, tawarlah..hihihi.. Tapi sekarang sejak dah berkeluarga aku jadi suka masak tapi cuma suka masak di rumah aku sahajalah. Rumah orang lain bahkan rumah emak pun aku tak berapa suka duduk di dapur. Entahlah, mungkin itu memang tabiat buruk aku yang paling susah nak di kikis. Mujur mak mertua aku sporting, biarpun kadang diperlinya aku. Tapi biasa saje. Tak terasa pun sebab dah lali dengan sindiran macam tu. Teruk aku ni kan..?!! (n_n) hmmm...

     Bangun pagi hari ini betul2 bersemangat. Mana taknya, cukup tidur badan pun rasa segar. So, lepas siap kemas rumah aku bersemangat nak masak pajeri nenas dan lawannya ayam goreng  berempah. Menu aku untuk tengah hari semalam cuma 2 macam lauk sahaja. Nak masak banyak2 pun yang makan aku bertiga sahaja. Pajeri ni aku buat yang paling simple, santan aku gantikan dengan susu cair  dan nenas pula aku guna yang mudah dan cepat tak payah nak rebus ke or kupas kulitnya. Apa lagi, nenas dalam tinlah..hahaha.. Aku bukan suka buat bende2 yang leceh ni. Apa yang ada di dapur itulah yang akan aku guna. (^_^) 

       Tepat jam 12 tengah hari, suami serta puteri kesayangan aku pulang seperti biasa. Sampai2 sahaja di rumah macam biasalah, anak dara aku akan mula bercerita tentang aktivit di sekolahnya. Orang tu begitulah, orang ini beginilah..macam2lah perkara yang nak diceritakan sampai tak terlayan kita dibuatnya. Tapi seronok sebenarnya bila dengar anak kita berceloteh ni. Itu tanda mindanya berkembang dengan baik. Lepas makan tengah hari suami aku pergi kerja semulalah..tinggallah aku dengan puteri kesayangan.

     Sepatutnya malam ini suami aku kerja sampai lewat malam tapi jam 7malam dia dah terpacak di rumah. Aku sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Lauk tengah hari tadi masih ada. So, aku cuma perlu masak nasi sahaja. Tapi suami aku punyalah rajin malam tadi, dia sibuk nak panggang ayam. Aku pun on je..janji dia yang panggang..hahaha.. Tengoklah gambar ni, muka nampak letih sangat. Tapi dia rajin bab2 memanggang ni.

     Kipas jangan tak kipas..hihihi..lama juga nak memangang ayam ni. Nak menghidupkan api sahaja dah sekian tapi kalau dah saip panggang tu makan mesti sekejap sahaja dah licin pinggan. Sabar jelah..


      Aksi ayah dan anaknya didepan ayam panggang yang berasap. Puteri aku ni memang pantang ayah dia ada di rumah, mana ayah dia pergi dia mengikut sahaja sebabnya bila nampak suamiku berbaju dia ingat ayah dia nak keluarlah tu. Padahal ayahnya nak duduk di belakang sambil bakar ayam. Anak ayah..nak buat macam mana..Tepat jam 8.30 malam semuanya selesai. Time to eat..so next time aku cerita tentang hal lain pula, asyik cerita tentang makan bosan juga. Tata..titi..tutu...(^u^)..

Ahad, 27 Mac 2011

Masakkan Untuk Keluarga Tercinta

Al-hamdulillah..
      Siap juga menu makan tengahari untuk hari ini. Ini percubaan pertama aku. Nasi minyak berlaukkan ayam masak tomato. Seronok sebab cubaan pertama ini menjadi. Risau juga takut nasi jadi kurang masak ke, lembik ke. Resepi ini aku ambil di internet pada minggu lepas. Memang rancang untuk masak hujung minggu ini. Anak aku makan banyak sangat, seronok. Suami aku pun puji, sedap katanya. Hahaha..sapa cakap aku tak pandai masak, silap oranglahkan..jangan fikir waktu bujang aku tak suka masak, bila kahwin ni aku tak pandai masak langsung. Suka2 hati je mulut orang yang cakap aku macam tu kan.. Tapi nak buat macam mana, kalau mulut tempayan bolehlah aku tutup betul tak. Oppss..melalut pula aku ni, tapi yang pasti aku nak ucap pada best friend aku Along Yatie sebab bagi aku semangat untuk aku cuba masak resepi inikan. Bersungguh2, siap pesan kalau aku sudah siap masak nanti upload gambar2 di FB. Bila dah siap masak tadi, tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni nak2nya masakkan aku tu menjadi. Rasa macam chef pula. Anyway.. sampai disini sahaja kisah masakkan aku ini. Kalau ada masa lagi akan aku karang kisah yang lain pula..bye..*(^_^) 





Sabtu, 26 Mac 2011

Ollaa..Melaka 2011


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk semua.. musim cuti sekolah yang lalu sangat menyaronokkan. Walaupun kami tidaklah melancong kemana2, sekadar jalan2 disekitar bandar melaka. Singgah sebentar di A Famosa, suasana pada waktu malam boleh di katakan menyeronokkan juga.



Suasana pada malam itu, dingin seperti mahu hujan. Tapi, setiba kami di sini cuaca sekadar mendinginkan sahaja. Malam itu memang ramai orang, maklum sahajalh musim cuti sekolah.



Wah...bergambar sakan nampaknya. Kira oklh, untuk dijadikan kenangan. Nampakkan betapa manjanya puteri aku dengan ayahnya. Memang anak ayah pun.. (^__^) ..



My turn.. possing sekali-sekala.. hihihi..



Sekarang kami berada di sekitar rumah merah.. jaga2, disini banyak "bomm" yang berbau busuk. Jadi kalau nak bergambar kenalah cepat2. Burung banyak sangat, takut nanti berada lama disini, habis ditembak oleh burung2 tu nanti.



Gambar banyak sebenarnya tapi tak habis aku download. Kalau korang nak bergambar tempat2 yang cantik dan bersejarah, datanglah ke Melaka. Nama pun Melaka Bandaraya Bersejarahkan.. Bye...
Posted by Picasa