FoLLoW mE (^_^)

Isnin, 5 September 2011

Aidilfitri 2011



Tahun ni agak lain, pertama kali beraya tanpa bonda tercinta. Balik ke rumah di Tanah putih, masih ada bau mak di biliknya. Harum..wangi..sayu rasa hati bila aku duduk katil rasa spt mak msih disitu. Sampai ke hari ini aku rasakan mak dekat dengan kami sekeluarga. Tapi, al-hamdulillah..aku dapat mengawal perasaan rindu ini.
Terubat bila berhari raya di rumah mertua..keriuhan mengubat rindu di hati. Teletah puteriku serta anak2 buah ku sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa. Akan aku jaga rumah pusaka itu sebaik yang mungkin, apa yang termampu akan aku perbaiki. Insya-Allah, bila sampai masanya aku akan kembali ke rumah itu. We love Mak with all our heart. Sekarang yg aku hanya ada ibu mertua, moga dia dapat menjadi tempat aku menumpang kasih dan rinduku pada Mak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan