FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 20 Disember 2011

Kisah Hati..

Semakin hari dugaan yang datang semakin mencabar..semakin menghimpit jiwa..
Namun ku pujuk hati ini.. Moga dikuatkan lagi semangatku ini..
Setiap hari aku berdoa moga diri ini diberi kekuatan yg berlipat ganda..
Agar aku tidak jatuh tersungkur...
Agar aku dapat bangun semula dan berdiri dengan bangganya
Namun dapatkan aku sembunyikan kedukaan dihati ini yang kian menghimpit..
Raut wajahku tenang namun dihati gundah gulana..
Tangisan di jiwa ini hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui..
Aku sedar..aku bukan insan yang sempurna
Tidak lari dari melakukan kesilapan...
Terasa diri ini kerdil sekali...
Namun aku bersyukur punya teman yang setia bersama
Sanggup mengharungi kesedihan..kedukaanku ini..
Bersyurkut punya penyeri hati..
Hanya pada mereka berdua tempat aku berteduh..tempat aku bermanja..
Terima kasih Sayang kerana sentiasa disisi..
Terima kasih Puteriku kerana sentiasa menceriakan hidupku ini..
Terima kasih berjuta kali..
Aku teramat menyayangi dan mencintai mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan