FoLLoW mE (^_^)

Rabu, 30 Disember 2015

Selamat Tinggal 2015, Selamat Datang 2016...

2015, 
bakal berakhir tidak lama lagi. Aku masih lagi seperti ini. Di dalam dilema, memikirkan masa depan ku yang tak pasti. Banyak perkara telah berlaku. Segala-galanya mencabar kesabaran juga iman ku. Masih mampukan aku bertahan..!!? 

2015, 
banyak dugaan telah aku lalui. Kesudahannya aku belum pasti, berharap ada sinar menanti. Moga Allah memberkati, berniat untuk berubah. Berharap dia juga sama2 mencorak kehidupan keluarga kami agar lebih baik dan lebih diredhai.

2016...
Selamat datang tahun baru, moga ada sinar baru buat kami. Moga Alah membarkati, berharap tiada lagi kepahitan. Berharap segala2nya kembali pulih. Insya-Allah.. Aku mahu mahu bahagia, tenang seperti dulu. Mahukan kehidupan yang lebih baik dari hari ini. Allah sentiasa ada bersama kami...Insya-Allah... 

Ahad, 13 September 2015

(^_^)..(^*^)

     "Allah duga kita kerana dia sayang dan cintakan kita. Dia mahu kita sentiasa mengingatinya, Dia rindukan dan mahu mendengar kita mengadu pada-Nya. Jangan sesekalibkita mengeluh, bersyukur dgn kenikmatan yang diberikan. Sentiasalah kita berdoa agar kehidupan, setiap langkah kita sehari2 diberkati dan diredhai. Amiin.."

Sabtu, 12 September 2015

me & m¥ pr!nCeSs

     Tak ada apa yang nak dicoretkan, sekadar berkongsi gambar miSs ieQa & my lovely princess. Peneman setia di kala bersedih & berduka.
     Mummy love u so much my love Nor 'Atiyah Insyirah bt Mohd Zafri.

Jumaat, 11 September 2015

September Yang Cukup Teruja

     10 September 2015, genap 2 tahun miSs ieQa berkhidmat di PKD Melaka Tengah. Banyak suka dan duka miSs ieQa lalui juga tempuhi. Banyak juga ilmu yang berguna dapat miSs ieQa pelajari, jadi bekalan di masa hadapan. Di jabatan ini berbagai kerenah manusia miSs ieQa jumpa. Di sini juga kita mula kenal siapa kawan siapa lawan siapa sahabat. Terlalu banyak kenangan. Yang pasti it's such a meaning memories.
     This month maybe my last month, berkhidmat di sini. Than it's gonna be new me. Can't wait to start work at my new place. Wish me luck and happy there..insya-Allah.. (^_^)

Khamis, 10 September 2015

September 2015

Bulan yang mendebarkan. Apa yang menanti ya..?!! Hmmm... Tak pastilah miSs ieQa nak ckp. Tapi yang pasti hati berdebar2. Semoga segala2nya baik2 belaka, insya-Allah. Perancangan Allah itu yang terbaik buat kami sekeluarga. (^_^)

Ahad, 30 Ogos 2015

Sekadar Luahan Hati - Miss ieQa III

"Dugaan ini teramat berat buat aku. Terasa batu besar menghempap kepala ini. Mampukah aku harungi pahit getir. Dia, insan yang amat aku cintai. Segala kebaikannya akan aku kenang, segala keburukan mahupun kekurangan aku terima seadanya. Ya, Allah..aku khilaf dgn kenikmatan duniawi. Terima kasih atas dugaan ini. Kerana ku tahu setiap dugaan yang Kau berikan ini pasti ada hikmahnya. Walaupun hatiku terguris, akan ku setia disisinya. Ya, dia insan bergelar suami. Dia cinta hati ku. Dia juga racun buat ku. Seandainya dugaan ini dapat menyedarkan kami berdua, aku terima dan redha dgn segala2nya. Moga ianya dapat memperbaiki diri kami yg serba kekurangan ini. Harus aku tabah dan kuat utk melaluinya. Insya-Allah.... "

Ahad, 23 Ogos 2015

OuR 10th aNNiVerSaRy


..HaPPy aNNiVerSaRy to My LoVe oFF My LiFe..
HoPe ouR MarriaGe wiLL Last unTiLL JannaH, inSya-AllaH....
I LoVe yoU So So MuCH..!!

Jumaat, 7 Ogos 2015

Happy Birthday Hubby

Happy Birthday my loving Hubby..
Semoga Allah murahkan rezeki abang dan dipermudahkan segala urusan 
dunia & akhirat serta dilindungi-Nya. .
We love you with all our heart.

Khamis, 6 Ogos 2015

Terlanjur Mencintaimu

"Terlanjur Menicintaimu.."
Novel kedua yang buat aku gila bayang setelah menonton dramaya di TV1. Watak johann Iskandar yang dibawa oleh Ungku Ismail (UIA) betul-betul buat aku gila bayang. Reen Rahim juga berjaya membawakan watak sebagai tengku Hanis Zulaikha.
 I'm so pleased to watch this drama. Setiapkali Johan Iskandar menyatakan rasa kasihnya pada Ika, aku pula yang terlebih berdebarnya. Terasa getaran di jiwa. Macam aku pula heroin dalam cerita tu. 'Mentanglah nama Ika tu sama dengan nama panggilan aku' (^_^)

Anyway, memang best cerita ni. Seorang lelaki yang setia pada cinta, sabar menanti si cinta hati untuk membuka pintu hatinya. Para pelakon berjaya menjiwai setiap watak yang diberikan. Kalaulah aku ni bujang lagi memang aku dapatkan UIA tu tau..(^_^).. So pada korang yang  mencari novel cinta yang santai and bersahaja aku syorkan novel ni. Nak feelign lagi jom layan dramanya. Lagi feeling... Ok bye...!!

My heart melting like ice-cream.. (*_^)

Khamis, 23 April 2015

Perginya Abah Takkan Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk pengetahuna semua, aku baru kehilangan Abah pada 01 April 2015. Perginya Abah takkan kembali. Semoga arwah Abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Walaupun aku tidak berkesempatan menjaganya, tapi aku pasti dia mengetahui apa yang ada di hati. Allah lebih mengetahui segala-galanya... Al- Fatihah buat Haji Kamaruddin bin Haji Abdul Rahman..

Rabu, 7 Januari 2015

Kesedihan Yang mahu Aku Singkirkan...

      Rasanya tak tertahan lagi. Bila berbagai dugaan datang, paling melemahkan aku dia yang aku angggap seperti kakak kandung ku rupanya...hmmm.. Tak sangkakan, di buruk-burukkan kehidupan aku. Luaran nampak baiknya, itulah manusia. Dalam hati hanaya tuhan sahaja yang tahu. Aku takkan mengalah lagi. Aku takkan tunduk lagi pada orang seperti dia. 

      Sepanjang 1 tahun aku di sini, terlalu banyak kesukaran yang aku lalui. Berbagai tokmahan juga terpaksa aku tanggung. Aku betul2 rasa kecewa. Sikap manusia yang sering lupa diri. Sering memandang hina pada kita yang serba kekurangan ini. Apa dosa aku pada mereka. Tapi aku lebih rela menjauhkan diri dari memikirkan perkara yang takda faedahnya. Tahun 2015 ini, aku berdoa semoga lebih diberkati, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagian dalam kebahagian rumahtangga kami. Aku tidak mahu melatah lagi. Aku tak mahu menangis lagi. Aku akan sentiasa kuat dalam melalui semua rintangan ini... Aku bertekad berubah untuk kebaikan kehidupan kami. 


"SeMoGa keBaHaG!aaN M!L!k k!Ta.. aM!N.....!!!"

2015

Happy New Year..!!

    Hopefully this year will bring more joy to my life. It's hard for me to thing it might get worse this year. But insya-Allah..He will always guide me now what best for me. I wanna stay strong, i want a happy life.
    This year, i want to be happy.. Happy for what i'm doing. Happy with all my dear friends that really cares about me. Seems like it will get big change for my life. Anyway..can't wait for the day to come... Pray for me u'lls...