FoLLoW mE (^_^)

Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Kenangan @ Dendam..?

Setiapkali Ramadhan tiba, pasti peristiwa lalu teringat kembali. Seperti pengemis mereka di hina. Kesedihan, kelukaan, kedukaan hanya ALLAH SWT sahaja yang lebih mengetahui. Dia yang paling terasa. Kata2 itu menggamit memori..memori yang seharusnya dibuang jauh. Tapi ianya tetap menghantui. Hati terluka hanya pada-Nya tempat utk mengadu. Kepahitannya amat dirasai. Siapa kau nak mengatakan mengatakan dia lelaki tak berguna..? Kau lebih BERENGSET dari mana2 lelaki yang pernah mereka kenali. Betapa kau Ego hanya kerana mereka menumpang dirumah kau, walhal kau yang menabur berbagai janji.. Sial..!! Janji kau hanya janji tinggal janji..sampai mati pun segala penghinaan, cacian dari kau takkan dilupakan. 

Kini mereka hidup bahagia..walaupun tidak kaya tapi cukup dengan apa yang mereka miliki kini. Berkat kesabaran atas penghinaan kau sekeluarga. Mereka berjaya mengharunginya. Panjatkan rasa penuh kesyukuran atas rezeki yang diberikan kepada  mereka. Tetapi..penghinaan itu akan tetap kenang sampai bila2. Kau sekeluarga akan menerima pembalasannya.

Wish he's dead.. i don't want to care about their family anymore..just g away.. All of U R nothing..

Selasa, 19 April 2011

"Kenanganku Bersama Teman-teman Di Bumi Al-Attas"

        Saat aku duduk menatap potret ini,terkenang kembali kenangan lalu bersama teman2 seperjuangan. Kenakalan bersama sahabat2ku yang setia sehingga ke hari ini masih segar diingatan. Rindunya amatlah dirasai. Banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan di bumi Al-Attas. Antaranya, kenangan pahit pada tahun 1996..tapi rasanya tak perlulah di kenang kisah itu, kerana ianya bukan sesuatu yg indah untuk di kenang. Sesungguhnya kenangan manislah yang perlu diingati semula. Rindunya aku pada Jaja, Bedah (Khatijah), Kinah, Be'ton (Rabiatul Adawiah), Nik, Liza, As, Nani serta sahabat yang paling aku sayang Haziah yang tidak jemu2 memberi aku semangat untuk meneruskan kehidupanku yang penuh dengan dugaan. Sungguh aku merindui kalian semua.Persahabatan yang terjalin adalah sesuatu yang terindah dalam hidup ku. Aku bersekolah di SM(A)A sehingga tahun 1998..yang mengikut jejak ku meninggalkan bumi Al-Attas, Kinah & Nik yang berpindah ke Sek.Men. Ahmad, Jaja & Be'ton pula berpindah ke Sek.Men. Tengku Abdullah manakala aku & Liza berpindah ke Sek.Men. Dato' Mahmud Mat. Yang tinggal hanya Nani, Haziah & As yng masih meneruskan perjuangan di bumi Al-Attas. Masing2 punya hala tuju sendiri. Kami meneruskan perjuangan tahun terakhir 1999 dengan jayanya. Al-hamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Walaupun kami tidak bersama tetapi ikatan persahabatan yang terjalin antara kami amatlah kuat sehingga kami masih tetap bersama walaupun tidak 
sebumbung lagi.
      2000..tahun perpisahan. Jaja akan berpindah ke Terengganu. Seorang sahabat akan berjauhan. Masa itu aku rasa seperti sudah kehilangan. Akan tetapi, Allah itu maha adil. Walaupun berjauhan kami masih tetap berhubung. Banyak lagi gambar kenangan yang masih aku simpan sehingga ke hari ini. Cuma belum ada kesampaian untuk aku mengupload gambar2 tersebut. Sebelum aku mengakhiri coretan ringkas dari kenangan yang terindah ini, ingin aku berkonsi sedikit mengenai sahabat2ku ini.
ZAIZATUL AISYAH (Jaja) & KHATIJAH (Bedoh @ K) - periang & pelawak
NORLIZA RAHIDA (Liza) - gelaknya macam hantu..ngeri..hihihi
RABIATUL ADAWIYAH (Be'ton) - tekun dengan setiap perkara yang dilakukan
ASMANIDA (As) & NIK NASRIAH (Nik) - pengikut yang setia "poyo sebenoonye.."
HAZIAH HALIZA (Haziah @ Ja) - yang lemah lembut
NUR HANANI (Nani) - yang tegas & tak jemu2 menasihati kami yang nakal ini
SAKINAH (Kinah) & AKU (Tiqah) - yang paling sewel..tp klu xde kitorg ni mmg tak jadi program..hihihi

      Bila diingat2 kembali memang melucukan. Paling tidak dapat aku lupakan bila Kinah ketawa sampai terkencing dalam kain..Haru jadinya. Aku pula mengejar cikgu Mudd kerana buku lagu jiwang karat aku di bacanya. Kalau bacanya perlahan tak mengapa juga, ini satu kelas dengar apa yang tertulis di dalam buku catatanku. Aku dengan Haziah pula pantang berjumpa..ada saja benda nak di cerita. Pagi2 kami 10org ni mesti berkumpul sebelum masuk ke kelas masing2. Berkumpul untuk buat lawak bodoh..lawak yang merapu entah mana hujung pangkalnya. Aduh..rindunya aku pada mereka. Semoga di suatu hari nanti kami dapat berkumpul kembali. Mengimbau seribu kenangan yang pastinya tak dapat kami lupakan... Miss them so much..

Sabtu, 26 Mac 2011

Assalamualaikum..Pembuka Bicara Kata..

Bismillahirrahmanirrahim...

    Al-hamdulillah siap juga blog aku ini. Sekadar mencari ruang untuk aku berkarya di waktu lapang. Rasa seronokkan bila kita punya tempat untuk mencatatkan sesuatu yang bermakna juga pengalaman hidup untuk di kongsi bersama teman2.
    Hari2 yang aku lalui, amat bermakna. Melihat permata hati semakin membesar, bijak juga petah berkata2. Dia sememangnya penyeri hidup kami. Bahagianya tidak dapat aku gambarkan dengan kata2 kerana ianya cukup bermakna.
   

    Berbagai dugaan telah kami lalui.. pernah dikeji & dikhianati, perasaan itu masih terasa & aku pernah cuba untuk melupakannya. Aku jadikan ia satu pengalaman yang cukup pahit & menyedihkan untuk di kenang kembali. Kini kami semakin bahagia.. berkat kesabaran & doa yang tidak putus2 dari kedua orang tua serta sahabat2 semua, kami berjaya melaluinya. Moga dipermudahkan perjalanan hidup kami oleh-Nya.