FoLLoW mE (^_^)

Isnin, 13 Jun 2011

Berlagaknya Kau..!!

     
      Dulu kau suka membangga diri, cakap semua yang bagus2. Tapi sekarang kenapa kau diam seribu kata. Dulu kau ingat semua orang takut dengan kau walhal sebenarnya mereka berdiam kerana malas melayan sikap bodoh mu itu. Kau suka membangga diri, mahu pakai kereta besar walhal kau cuma menumpang ihsan orang lain (pinjam kereta oranglah maknanya tu, kalau beli kete besoo pn nnti jual gok sbb xdok duit nak bayoo). Kalau bekerja bukan main lagi kau canang, kononnya gaji kau berpuluh ribu (nak bg RM50 ke mertua pn mcm nk xnk bg je) padahal HAMPEHHhhh semuanya. Bak kata Awie dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah "buuseetttt..!!".
      Isterimu umpama hamba yang tidak bergaji. Dia yang penat bekerja tapi kau yang pegang pendapatannya. Kau sering bertukar tempat kerja. Berbagai alasan kau beri, bagi kau semua orang salah. Ada sahaja yang tidak betulnya (ko sorang je yang betul). Aku tabik isterimu kerana terlalu bersabar. Umpama hati berulamkan jantung, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hatinya. Anak2mu semua berjaya tapi bukan dari hasil penat lelah mu kerana kau umpama ...(faham2 sendirilah, mujur diorang ade bapak tiri kaye). Tapi kau canang pada semua kononnya kaulah mentor mereka (perasannya).
      Kau suke menabur janji manis sampaikan orang boleh terpedaya. Bila janji tinggal janji kau mula mengelakkan diri. Berbagai alasan kau beri. Kau ingat diri kau siapa..? Belajar tinggi menggunung tapi sayang seribu kali sayang, ilmu yang kau tuntut terpesong semuanya. Itukah yang kau belajar ketika kau menuntut diluar negera satu ketika dulu..? Cara2 memperdayakan orang, itukah ilmunya? Bilalah kau nak insaf ya..?!!
Kau suka mengaibkan orang lain sampai kau lupa cara untuk menghormati orang tua. Isteri mu kau caci..kau maki..di depan orang. Tidak kira tempat dan waktu, kau tengking kau herdik dia umpama isterimu tak punya ibubapa. Kau suka tunjuk besar kepala. Tapi sekarang mertuamu sendiri sudah pandai bersuara kerana mereka sudah tidak boleh bersabar lagi dan akhirnya kau terdiam. Siapa sangka orang yang selama ini kau sangka pendiam sudah pandai bersuara. (Hamekk kau, padan muke)
      Dialah manusia yang suka berlagak baik di depan mereka yang belum mengetahui belangnya. Temberangnya mengalahkan kanak2 tadika (ade ke die boleh ckp,"die bw kapal terbang atas bumbung rumah mak die pastu siap boleh lambai tangan masa mak die siram pokok bunga." tak ke BAPOK penipunyee). Banyak betul temberangnya, entah bagaimana isterimu boleh jatuh hati pada insan seperti kau (ayat power sgt gamoknyee..). Hmmm..tidak tahu apa lagi aksi yang akan kau lakonkan tapi yang pasti aku sudah bosan dengan sikapmu mahupun diri kau aku sudah meluat. Harap kau akan berubah dan insaf suatu hari nanti agar isterimu tidak lagi makan hati (Boleh berubah ke org mcm ni..?). Biarpun dia tidak pernah meluahkan perasaannya pada sesiapa pun tapi kami tahu apa yang ada dalam hatinya. Walaupun tidak sepenuhnya tapi dari raut wajahnya jelas terpancar kepincangan di hati.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan