Selasa, 14 Jun 2011
Puteriku & Kad Repotnya
Cuti sekolah sudah pun berakhir. Anakku bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Seronoknya tak dapat nak digambarkan. Tapi, setiba di sekolah dia menangis. Katanya nak ke sekolah lain.. macam2 kerenah dapat ku lihat pagi ini. Agaknya kerana terlalu lama bercuti mood untuk ke sekolah semula agak liat hari ini. Tapi puteriku hanya menangis seketika. Bila dah jumpa kawan2 dia kelihatan gembira. Al-hamdulillah..tak susah nak memujuknya.
Time to pick up my daughter...!!
Biasanya rutin ambil dan menghantar dilakukan suami aku. Tapi, memandangkan hari ini suamiku masuk kerja agak lewat jaddi aku mengikut sama. Setiba di sekolah dia bukan main gembira seolah2 ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama. REPORT CARD sudah keluar rupanya. Walaupun dia masih belum mengerti apa maksudnya tapi kelihatannya sangat gembira."Ibu..ibu..teacher suruh tgk buku pink ni.."katanya sambil menghulurkan REPORT CARDnya.. Al-hamdulillah keputusannya diluar jangkaan aku. Lagi seronok bila kami memujinya.."Pandailah 'Atiya ni, macam tulah anak ibu dan ayah..". Bila aku renung2 kembali, betapa dia membesar dengan cepat. Semakin pintar puteriku. Walaupun adakala sikap nakalnya mencabar kesabaran aku tapi aku gembira kerana dia membesar dengan sihat. Semoga dia tidak menghampakan kami. Membesarlah wahai puteriku, jadilah anak yang solehah dan tahu menghormati orang tuanya. Kepada-Nya aku berserah kerana Dia lebih mengetahui perjalanan hidupku di waktu mendatang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan