FoLLoW mE (^_^)

Sabtu, 11 Jun 2011

Kenapa Begitu Sikapnya..?!!

                                    


      Lumrah kehidupan, ada pasang surut naiknya. Bukan itu yang nak aku ceritakan disini tapi adalah kisah yang buat aku rasa macam...hmmm..susah nak digambarkan perasaan ini. Menghairankan, kenapa manusia bersikap begitu nak-naknya pada darah daging sendiri..?
      Sudah lama aku perhatikan sikapnya. Asal bergaduh dengan yang si A dia akan berbaik dengan si C. Macam-macamlah nanti yang akan digosipkan bersama. Kemudian,apabila sekian lama bermasam muka dia akan berbaik semula dengan si A tapi cerita tak habis di situ. Si C pula jadi mangsa..begitulah seterusnya. Macam-macam halkan. Bila ada yang susah di keji tapi bila senang dijunjung tinggi tapi kalau kita terlebih senang darinya mulalah iri hati. Ada saja yang tak kena, mulalah buat cerita..si kaya kononnya lupa dirilah,sombonglah padahal dia yang DENGKI. Pendek kata orang lain tak boleh lebih dari dirinya. Malang sungguhkan..?!!
       Mungkin inilah nasib keluarga yang besar tapi tidak bersatu hati. Mulut masing-masing memang tak ada insurans. Main ikut sedap je bila nak mengata. Masa tu tak fikirlah dosa pahalanya. Kalau kita yang bersuara nanti dikatanya Kurang Ajar tapi dia sedar tak yang dia tu dah TERLEBIH diajar sampai jadi kurang ajar.. Bagi aku orang macam ni kita harus gelar mereka MULUT LONGKANG..Kenapa?!! Sendiri mau ingat ya..!! Anak-anak semua berpendidikan tinggi tapi tidak tau menghormati orang yang lebih tua. Melawat ibu saudara yang sakit pun bersalam umpama tak cukup jari. Hujung-hujung sahaja yang bersentuh. Manalah diorang ni belajar agaknya. Tak guna kalau sembahyang tonggang-tonggek tapi suka buat fitnah sana-sini. Seronok sangat ke jaga tepi kain orang ni ekk?!! Entahlah, nak ditegur tua-tua bangka belaka. Lagipun sapalah aku manusia yang kerdil ini. So,pada mulut-mulut longkang ini rajin-rajinlah "MENCUCINYA". Kalau tak bersih juga gunalah Clorox yerr..takkan nak beli clorox pun tak ada duit kot..(",)..  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan