FoLLoW mE (^_^)

Jumaat, 24 Jun 2011

DeRiTaMu KiNi Ku Tahu..


Suka hati kau sahaja buat dia begitu, kau ingat dia tiada ibubapa ke..?!! Kau dera mentalnya. Fizikalnya pula, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kenapa kau buat dia begitu..? Mengapa kau seksa hidupnya..?!! Apa dosanya pada kau..?!! Masa bercinta berbagai perkara kau janjikan padanya. Manis mulut bila berbicara. Gunung dan lautan nak kau persembahkan padanya. Tapi setelah dia kau miliki, kau seksa hidupnya. Terluka hati ibu apabila mengetahui penderaan yang kau lakukan terhadap puterinya. Bertahun-tahun dia menanggung penderitaan itu seorang diri. Tiada tempat untuk mengadu. Gerak-gerinya sentiasa kau kawal sehingga dia tiada hak untuk dirinya sendiri. Jika diketahui oleh seluruh keluarganya pasti kesedihan dan kesengsaraan itu dapat dikongsi bersama.

Kau sememangnya lelaki yang TAK BERGUNA..kau lelaki EGO, SOMBONG & BONGKAK... Pandai sungguh kau menutup kejahatanmu, sehingga kau sanggup menjauhkan dia dari adik-beradiknya yang selama ini sungguh akra sekali. Tapi kau lupa, "air yang dicincang itu tidak akan putus". Begitulah juga ikatan persaudaraan antara isterimu dan adik-beradiknya. Mungkin kini kau berjaya jauhkan dirinya dari mereka tapi dihati, tetap bersatu. Mungkinkah kau akan sedar akan kesilapanmu itu..? Mungkinkah kau akan insaf nanti..? Rasanya TAK MUNGKIN.. Bagiku manusia seperti kau tidak akan mengaku kesilapan mahupun kesalahan sendiri kerana kau manusia yang tidak tahu menghormati orang lain. PERGI JAHANAM..  

Hari ini aku mengetahui penderitaan itu, dulu aku sekadar bermain teka-teki. Kini aku tahu kau sengsara hidup dengannya.  Aku doakan, moga di suatu hari nanti kau ketemui kebahagiaan yang selama ini kau cari. Ketahuilah bahawa keluargamu sentiasa ada disisi dan menyayangi mu dengan sepenuh hati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan