FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 29 Mac 2011

LuNch & DiNNer For ToDay

      Sejak ada internet di rumah ni bukan main lagi aku, sibuk cari resepi. Mungkin bagi sesetengah orang resepi sebegini mudah sahaja untuk di masak tapi tidak bagi aku sebabnya masa bujang2 dulu aku memang tak suka ke dapur. Salah satu sebabnya aku tak suka bila aku masak orang kritik tak sedaplah, kurang garamlah, tawarlah..hihihi.. Tapi sekarang sejak dah berkeluarga aku jadi suka masak tapi cuma suka masak di rumah aku sahajalah. Rumah orang lain bahkan rumah emak pun aku tak berapa suka duduk di dapur. Entahlah, mungkin itu memang tabiat buruk aku yang paling susah nak di kikis. Mujur mak mertua aku sporting, biarpun kadang diperlinya aku. Tapi biasa saje. Tak terasa pun sebab dah lali dengan sindiran macam tu. Teruk aku ni kan..?!! (n_n) hmmm...

     Bangun pagi hari ini betul2 bersemangat. Mana taknya, cukup tidur badan pun rasa segar. So, lepas siap kemas rumah aku bersemangat nak masak pajeri nenas dan lawannya ayam goreng  berempah. Menu aku untuk tengah hari semalam cuma 2 macam lauk sahaja. Nak masak banyak2 pun yang makan aku bertiga sahaja. Pajeri ni aku buat yang paling simple, santan aku gantikan dengan susu cair  dan nenas pula aku guna yang mudah dan cepat tak payah nak rebus ke or kupas kulitnya. Apa lagi, nenas dalam tinlah..hahaha.. Aku bukan suka buat bende2 yang leceh ni. Apa yang ada di dapur itulah yang akan aku guna. (^_^) 

       Tepat jam 12 tengah hari, suami serta puteri kesayangan aku pulang seperti biasa. Sampai2 sahaja di rumah macam biasalah, anak dara aku akan mula bercerita tentang aktivit di sekolahnya. Orang tu begitulah, orang ini beginilah..macam2lah perkara yang nak diceritakan sampai tak terlayan kita dibuatnya. Tapi seronok sebenarnya bila dengar anak kita berceloteh ni. Itu tanda mindanya berkembang dengan baik. Lepas makan tengah hari suami aku pergi kerja semulalah..tinggallah aku dengan puteri kesayangan.

     Sepatutnya malam ini suami aku kerja sampai lewat malam tapi jam 7malam dia dah terpacak di rumah. Aku sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Lauk tengah hari tadi masih ada. So, aku cuma perlu masak nasi sahaja. Tapi suami aku punyalah rajin malam tadi, dia sibuk nak panggang ayam. Aku pun on je..janji dia yang panggang..hahaha.. Tengoklah gambar ni, muka nampak letih sangat. Tapi dia rajin bab2 memanggang ni.

     Kipas jangan tak kipas..hihihi..lama juga nak memangang ayam ni. Nak menghidupkan api sahaja dah sekian tapi kalau dah saip panggang tu makan mesti sekejap sahaja dah licin pinggan. Sabar jelah..


      Aksi ayah dan anaknya didepan ayam panggang yang berasap. Puteri aku ni memang pantang ayah dia ada di rumah, mana ayah dia pergi dia mengikut sahaja sebabnya bila nampak suamiku berbaju dia ingat ayah dia nak keluarlah tu. Padahal ayahnya nak duduk di belakang sambil bakar ayam. Anak ayah..nak buat macam mana..Tepat jam 8.30 malam semuanya selesai. Time to eat..so next time aku cerita tentang hal lain pula, asyik cerita tentang makan bosan juga. Tata..titi..tutu...(^u^)..

Ahad, 27 Mac 2011

Masakkan Untuk Keluarga Tercinta

Al-hamdulillah..
      Siap juga menu makan tengahari untuk hari ini. Ini percubaan pertama aku. Nasi minyak berlaukkan ayam masak tomato. Seronok sebab cubaan pertama ini menjadi. Risau juga takut nasi jadi kurang masak ke, lembik ke. Resepi ini aku ambil di internet pada minggu lepas. Memang rancang untuk masak hujung minggu ini. Anak aku makan banyak sangat, seronok. Suami aku pun puji, sedap katanya. Hahaha..sapa cakap aku tak pandai masak, silap oranglahkan..jangan fikir waktu bujang aku tak suka masak, bila kahwin ni aku tak pandai masak langsung. Suka2 hati je mulut orang yang cakap aku macam tu kan.. Tapi nak buat macam mana, kalau mulut tempayan bolehlah aku tutup betul tak. Oppss..melalut pula aku ni, tapi yang pasti aku nak ucap pada best friend aku Along Yatie sebab bagi aku semangat untuk aku cuba masak resepi inikan. Bersungguh2, siap pesan kalau aku sudah siap masak nanti upload gambar2 di FB. Bila dah siap masak tadi, tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni nak2nya masakkan aku tu menjadi. Rasa macam chef pula. Anyway.. sampai disini sahaja kisah masakkan aku ini. Kalau ada masa lagi akan aku karang kisah yang lain pula..bye..*(^_^) 





Sabtu, 26 Mac 2011

Ollaa..Melaka 2011


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk semua.. musim cuti sekolah yang lalu sangat menyaronokkan. Walaupun kami tidaklah melancong kemana2, sekadar jalan2 disekitar bandar melaka. Singgah sebentar di A Famosa, suasana pada waktu malam boleh di katakan menyeronokkan juga.



Suasana pada malam itu, dingin seperti mahu hujan. Tapi, setiba kami di sini cuaca sekadar mendinginkan sahaja. Malam itu memang ramai orang, maklum sahajalh musim cuti sekolah.



Wah...bergambar sakan nampaknya. Kira oklh, untuk dijadikan kenangan. Nampakkan betapa manjanya puteri aku dengan ayahnya. Memang anak ayah pun.. (^__^) ..



My turn.. possing sekali-sekala.. hihihi..



Sekarang kami berada di sekitar rumah merah.. jaga2, disini banyak "bomm" yang berbau busuk. Jadi kalau nak bergambar kenalah cepat2. Burung banyak sangat, takut nanti berada lama disini, habis ditembak oleh burung2 tu nanti.



Gambar banyak sebenarnya tapi tak habis aku download. Kalau korang nak bergambar tempat2 yang cantik dan bersejarah, datanglah ke Melaka. Nama pun Melaka Bandaraya Bersejarahkan.. Bye...
Posted by Picasa

Assalamualaikum..Pembuka Bicara Kata..

Bismillahirrahmanirrahim...

    Al-hamdulillah siap juga blog aku ini. Sekadar mencari ruang untuk aku berkarya di waktu lapang. Rasa seronokkan bila kita punya tempat untuk mencatatkan sesuatu yang bermakna juga pengalaman hidup untuk di kongsi bersama teman2.
    Hari2 yang aku lalui, amat bermakna. Melihat permata hati semakin membesar, bijak juga petah berkata2. Dia sememangnya penyeri hidup kami. Bahagianya tidak dapat aku gambarkan dengan kata2 kerana ianya cukup bermakna.
   

    Berbagai dugaan telah kami lalui.. pernah dikeji & dikhianati, perasaan itu masih terasa & aku pernah cuba untuk melupakannya. Aku jadikan ia satu pengalaman yang cukup pahit & menyedihkan untuk di kenang kembali. Kini kami semakin bahagia.. berkat kesabaran & doa yang tidak putus2 dari kedua orang tua serta sahabat2 semua, kami berjaya melaluinya. Moga dipermudahkan perjalanan hidup kami oleh-Nya.