FoLLoW mE (^_^)

Jumaat, 10 Jun 2011

Hati Yang Terluka

      Awal bulan Mei 2011, ibuku telah di masukkan ke HTAA bahagian kecemasan. Pada hari tersebut Alang sekeluarga ada di Kuantan. Aku mendapat panggilan dari abah jam 6.30pagi..berita itu cukup mengejutkan aku kerana 2minggu sebelumnya aku ada balik ke Pekan. Mak sihat lagi ketika itu. Aku menangis, takut apa2 terjadi pada mak. Tapi kata alang, mak tidak apa2. Pada hari tersebut aku tak dapat balik ke Pekan, KakLong juga tak dapat balik. Tapi kata Alang "jangan risau" kerana mak dalam keadaan stabil. Al-hamdulillah..
      Selang beberapa hari aku menerima panggilan dari salah seorang sedara aku. Agak mengejutkan bila aku menjawab panggilan itu. Bukan kata2 semangat yang aku terima tapi aku di marah hanya kerana tidak dapat balik menjenguk mak di hospital. Paling menyedihkan bila DIA katakan pada aku yang kami adik-beradik tidak ada tanggungjawab dan lebih dahsyat lagi apabila mak dikatakan sudah "nyawa2 ikan". Aku menangis dan kerana tidak mahu berbalah, aku putuskan sahaja talian. Kesian mak, punya adik yang KURANG AJAR..sanggup dia bercakap tentang kakak sendiri sebegitu. Aku sedih, segala kata2nya aku luahkan pada kakak2ku. Kenapa mereka sanggup berkata begitu..?!! Bila bercakap pada ketika itu seolah2 mak kami menyusahkan mereka. Tapi apa yang mak aku susahkan mereka..?!! Selama ini pun bukan mereka yang beri makan pada keluarga kami. Pandai2 kata kami ini anak yang tak bertanggungjawab. Sabar kami ada batasnya.
      Seminggu kemudian mak telah dikeluarkan dari hospital. Aku pun balik, agak bengang juga apabila kata mak mereka hanya menjenguk mak di hospital hanya sekali sahaja. Tapi masa DIA marah2 pada aku seolah2 setiap hari pergi menjenguknya. Betul2 buat aku sakit hati. Yang betul2 datang menjenguk mak hanya dua orang Pakcik aku. Mereka sahaja yang sering datang menjenguk. Aku kesal kerana mereka bersikap begitu pada mak. Tidakkah mereka sedar, setelah kehilangan ibu (Nenek Ku) maklah pengganti kepada ibu mereka kerana mak aku adalah anak yang sulung. Sungguh kurang ajar. Agaknya mereka sudah lupa asal-usul mereka. Masa mereka susah dulu mak & abah tak pernah berkira. Nak pinjam itu, nak pinjam ini sampai nak kahwin pun abah yang tolong. Nak sambung belajar pun abah tolong juga. Anak lari dari sekolah tu pun aku tolong..tapi manusia biasalah. Mudah lupa diri, bila sudah senang begitulah jadinya.
      Ingatkan semuanya sudah selesai, rupanya ada lagi yang masih mengata. Isu "shopping time" di FB pun nak di heboh2kan. Dah tak ada kerja lain ke..? Aku nak bershopping ke bukan minta duit diorang apatah lagi duit suami diorang..Beringat2lah, dari menjaga hal aku baik jaga hal korang tu. Jangan sampai "terkantoi" suami "makan luar" siapa yang malu..?!! Aku tak malu sebab bukan suami aku yang buat kerja2 macam tu.
      Maaf jika apa yang aku tulis di sini melampaui batasan tapi aku sudah tidak tahan lagi. Harapan aku semoga diorang insaf. Mind your own bussines..jangan sampai sibuk hal kami sekeluarga sampai tak sedar ada diantara suami korang main kayu tiga di belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan