FoLLoW mE (^_^)

Rabu, 30 Disember 2015

Selamat Tinggal 2015, Selamat Datang 2016...

2015, 
bakal berakhir tidak lama lagi. Aku masih lagi seperti ini. Di dalam dilema, memikirkan masa depan ku yang tak pasti. Banyak perkara telah berlaku. Segala-galanya mencabar kesabaran juga iman ku. Masih mampukan aku bertahan..!!? 

2015, 
banyak dugaan telah aku lalui. Kesudahannya aku belum pasti, berharap ada sinar menanti. Moga Allah memberkati, berniat untuk berubah. Berharap dia juga sama2 mencorak kehidupan keluarga kami agar lebih baik dan lebih diredhai.

2016...
Selamat datang tahun baru, moga ada sinar baru buat kami. Moga Alah membarkati, berharap tiada lagi kepahitan. Berharap segala2nya kembali pulih. Insya-Allah.. Aku mahu mahu bahagia, tenang seperti dulu. Mahukan kehidupan yang lebih baik dari hari ini. Allah sentiasa ada bersama kami...Insya-Allah... 

Ahad, 13 September 2015

(^_^)..(^*^)

     "Allah duga kita kerana dia sayang dan cintakan kita. Dia mahu kita sentiasa mengingatinya, Dia rindukan dan mahu mendengar kita mengadu pada-Nya. Jangan sesekalibkita mengeluh, bersyukur dgn kenikmatan yang diberikan. Sentiasalah kita berdoa agar kehidupan, setiap langkah kita sehari2 diberkati dan diredhai. Amiin.."

Sabtu, 12 September 2015

me & m¥ pr!nCeSs

     Tak ada apa yang nak dicoretkan, sekadar berkongsi gambar miSs ieQa & my lovely princess. Peneman setia di kala bersedih & berduka.
     Mummy love u so much my love Nor 'Atiyah Insyirah bt Mohd Zafri.

Jumaat, 11 September 2015

September Yang Cukup Teruja

     10 September 2015, genap 2 tahun miSs ieQa berkhidmat di PKD Melaka Tengah. Banyak suka dan duka miSs ieQa lalui juga tempuhi. Banyak juga ilmu yang berguna dapat miSs ieQa pelajari, jadi bekalan di masa hadapan. Di jabatan ini berbagai kerenah manusia miSs ieQa jumpa. Di sini juga kita mula kenal siapa kawan siapa lawan siapa sahabat. Terlalu banyak kenangan. Yang pasti it's such a meaning memories.
     This month maybe my last month, berkhidmat di sini. Than it's gonna be new me. Can't wait to start work at my new place. Wish me luck and happy there..insya-Allah.. (^_^)

Khamis, 10 September 2015

September 2015

Bulan yang mendebarkan. Apa yang menanti ya..?!! Hmmm... Tak pastilah miSs ieQa nak ckp. Tapi yang pasti hati berdebar2. Semoga segala2nya baik2 belaka, insya-Allah. Perancangan Allah itu yang terbaik buat kami sekeluarga. (^_^)

Ahad, 30 Ogos 2015

Sekadar Luahan Hati - Miss ieQa III

"Dugaan ini teramat berat buat aku. Terasa batu besar menghempap kepala ini. Mampukah aku harungi pahit getir. Dia, insan yang amat aku cintai. Segala kebaikannya akan aku kenang, segala keburukan mahupun kekurangan aku terima seadanya. Ya, Allah..aku khilaf dgn kenikmatan duniawi. Terima kasih atas dugaan ini. Kerana ku tahu setiap dugaan yang Kau berikan ini pasti ada hikmahnya. Walaupun hatiku terguris, akan ku setia disisinya. Ya, dia insan bergelar suami. Dia cinta hati ku. Dia juga racun buat ku. Seandainya dugaan ini dapat menyedarkan kami berdua, aku terima dan redha dgn segala2nya. Moga ianya dapat memperbaiki diri kami yg serba kekurangan ini. Harus aku tabah dan kuat utk melaluinya. Insya-Allah.... "

Ahad, 23 Ogos 2015

OuR 10th aNNiVerSaRy


..HaPPy aNNiVerSaRy to My LoVe oFF My LiFe..
HoPe ouR MarriaGe wiLL Last unTiLL JannaH, inSya-AllaH....
I LoVe yoU So So MuCH..!!

Jumaat, 7 Ogos 2015

Happy Birthday Hubby

Happy Birthday my loving Hubby..
Semoga Allah murahkan rezeki abang dan dipermudahkan segala urusan 
dunia & akhirat serta dilindungi-Nya. .
We love you with all our heart.

Khamis, 6 Ogos 2015

Terlanjur Mencintaimu

"Terlanjur Menicintaimu.."
Novel kedua yang buat aku gila bayang setelah menonton dramaya di TV1. Watak johann Iskandar yang dibawa oleh Ungku Ismail (UIA) betul-betul buat aku gila bayang. Reen Rahim juga berjaya membawakan watak sebagai tengku Hanis Zulaikha.
 I'm so pleased to watch this drama. Setiapkali Johan Iskandar menyatakan rasa kasihnya pada Ika, aku pula yang terlebih berdebarnya. Terasa getaran di jiwa. Macam aku pula heroin dalam cerita tu. 'Mentanglah nama Ika tu sama dengan nama panggilan aku' (^_^)

Anyway, memang best cerita ni. Seorang lelaki yang setia pada cinta, sabar menanti si cinta hati untuk membuka pintu hatinya. Para pelakon berjaya menjiwai setiap watak yang diberikan. Kalaulah aku ni bujang lagi memang aku dapatkan UIA tu tau..(^_^).. So pada korang yang  mencari novel cinta yang santai and bersahaja aku syorkan novel ni. Nak feelign lagi jom layan dramanya. Lagi feeling... Ok bye...!!

My heart melting like ice-cream.. (*_^)

Khamis, 23 April 2015

Perginya Abah Takkan Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk pengetahuna semua, aku baru kehilangan Abah pada 01 April 2015. Perginya Abah takkan kembali. Semoga arwah Abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Walaupun aku tidak berkesempatan menjaganya, tapi aku pasti dia mengetahui apa yang ada di hati. Allah lebih mengetahui segala-galanya... Al- Fatihah buat Haji Kamaruddin bin Haji Abdul Rahman..

Rabu, 7 Januari 2015

Kesedihan Yang mahu Aku Singkirkan...

      Rasanya tak tertahan lagi. Bila berbagai dugaan datang, paling melemahkan aku dia yang aku angggap seperti kakak kandung ku rupanya...hmmm.. Tak sangkakan, di buruk-burukkan kehidupan aku. Luaran nampak baiknya, itulah manusia. Dalam hati hanaya tuhan sahaja yang tahu. Aku takkan mengalah lagi. Aku takkan tunduk lagi pada orang seperti dia. 

      Sepanjang 1 tahun aku di sini, terlalu banyak kesukaran yang aku lalui. Berbagai tokmahan juga terpaksa aku tanggung. Aku betul2 rasa kecewa. Sikap manusia yang sering lupa diri. Sering memandang hina pada kita yang serba kekurangan ini. Apa dosa aku pada mereka. Tapi aku lebih rela menjauhkan diri dari memikirkan perkara yang takda faedahnya. Tahun 2015 ini, aku berdoa semoga lebih diberkati, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagian dalam kebahagian rumahtangga kami. Aku tidak mahu melatah lagi. Aku tak mahu menangis lagi. Aku akan sentiasa kuat dalam melalui semua rintangan ini... Aku bertekad berubah untuk kebaikan kehidupan kami. 


"SeMoGa keBaHaG!aaN M!L!k k!Ta.. aM!N.....!!!"

2015

Happy New Year..!!

    Hopefully this year will bring more joy to my life. It's hard for me to thing it might get worse this year. But insya-Allah..He will always guide me now what best for me. I wanna stay strong, i want a happy life.
    This year, i want to be happy.. Happy for what i'm doing. Happy with all my dear friends that really cares about me. Seems like it will get big change for my life. Anyway..can't wait for the day to come... Pray for me u'lls...

Ahad, 7 September 2014

Sekadar Luahan Hati - miSS ieQa II

Haiii bloggers... It's been so long i'm not been here. BZ gilerr. Rindu nk blogging.

Anyway, hampir 1 tahun miSS ieQa berada di jabatan kerajaan. Banyak perkara yang dapat dipelajari. Kerja memang best tapiiii... :-( ... miSS ieQa rasa kerja di kerajaan ni banyak berpuak-puak. rasa bosan dengan suasana sekeliling. miSS ieQa rasa banayk sangat kepahitan dari kemanisannya. Kepahitan bukan dari segi kerja tapi dari segi persekitarannya. Agaknya sebab ramai sangat kaum HAWAnya itu yang jadi macam ni. Masing2 berlumba-lumba nka tunjuk siapa hebat. Hebatnya pula bukan dari segi kerja tapi lebih kepada material. Sampai ada yang padang kita ni "SENGKEK" sangat. Hina ke kita ni kerana tak berharta...? Kalau kita berharta sekalipun perlukah kita menunjuk2 pada mereka..?!! Rasa menyampah, meluat pun ada.

But..inilah dunia korporat kot. Tak semua tempat begitu, cuma miSS ieQa berada di tempat yang salah pada masa yang tak betul. Macam orang puteh cakap, "NOT IN TH ERIGHT TIME AT THE WRONG PLACE.." gituleee bunyinye.

Exam plak miSS ieQa KANTOIII...aaaaaa..!! Stress.. camnelah boleh kantoi. Semua plak tu. Rasa down sangat masa keluar result tu. Frust sangat... But this 11 Sept 2014 akan repeat and hopefully tak kantoii lagi. Insya-Allah..aminnn... Kalau diikutkan hati ni memang tak ada hati nak kerja situ, but terpaksa bertahan. Selagi boarang belum di sokong ketua jabatan terpaksalah miSS ieQa bertahan. Nak wat camna..nama pun kerja.. Doakan yang terbaik buat miSS ieQa k...


Jumaat, 6 Jun 2014

Sekadar Luahan Hati - miSS ieQa

Buat coretan hati...
Rasa seperti bersendiri..sepi.. Aku rasakan seperti aku tidak wujud disini. masing2 sibuk dengan pekerjaan harian namun aku terasa sunyi... 
Bermuka-muka..mungkin..?!! Tak pasti, siapalah aku untuk menilai mereka. Baik mahupun buruk biarlah Allah SWT yang tentukan. Aku masih setia disini, bersabar selagi termampu. Bebanan kerja semakin bertambah namun, aku tabahkan jua. Kesihatan ku sering terganggu dek kerana bebanan yang tak tertanggung. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku lalui. Perjalanan ku masih jauh, aku hrarus tabahkan hati demi masa depan ku di masa akan datang. Semoga hati ini tabah, tawakal kepada-Nya...insya-Allah... Bahagia menanti..

Selasa, 20 Mei 2014

Melaka to Nilai to PD back to Melaka

Last week kami jalan2 lagi. Malam lepas maghrib kitorg bertolak ke Nilai 3. Mula2 sampai tu nyaris jg sesat. Dh pusing bnyak kali barulah jumpe pekan kecil,nak kene cr hotel lagi. Lastnya kami bermalam d New Wave Hotel..harga semlm mmg murah baru RM70 utk family room. Bilik pun mmg puas hati,dh dpt bilik nk cr makan plak. Malam agk ssh sikit nk cari makan sebab 'pekan cowboy ' banyak kedai dah tutup. Last kami jumpa sebuah rumah yg dijadikan kedai makan. Tp bila sampai,adoiiii..kotorlh plak. Tp sebab perut dah lapar sangat hadap jelah.
K lah,dah kenyang boleh blk bilik n tidooo...
Jalan-jalan d Nilai...off to PD... Bermalam d Hotel Holiday Home, Tanjung Gemok. Esok jalan-jalan n terus blk Melaka.






Sabtu, 5 April 2014

Our Holiday..!!

Salam semua & Happy Birthday to myself....
Semalam birthday miSS ieQa, mood happy sangat..!!!

Anyway, that's not the thing that i want to story with all my friend. Last week school holiday kan..?!! Teruja nak bercerita..kikiki.. OK, ok, kita nak cerita..Last week miSS ieQa sekeluarga pergi Cameron Highland. Seronok sangat coz sekurang2nya dapat juga release tension. Seronok... at last sampai juga miSS ieQa sekeluarga pergi ke Cameron Highland tu... !!

Checkthis out..!!
Jalan- jalan...Lalala..!!!


Shopping sambil cuci mata (^_^)

Dah nak balik...huhuhu..rasa macam taknak balik jerrr... :'( ....!!
Singgah ladang teh..cantik sangat pemandangan..!!

So, bagi miSS ieQa Cameron Highland memang sesuai dijadikan percutian keluarga and sangat sesuai untuk release tension... Bye... (^_^)





Selasa, 29 Oktober 2013

KEJUTAN...!!! KEJUTAN...!!

               Hai..macam manalah miSS ieQa nak mulakan. Sebenarnya, pada 10 September 2013 miSS ieQa dah mula bekerja di sektor Kerajaan di Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah sebagai Pembantu Tadbir bahagian Sumber Manusia. At first, aku sepatutnya bekerja sebagai PA kepada Pegawai Kesihatan yang bertugas di sini. Tapi selepas seminggu aku di tukarkan ke bahagian Sumber Manusia pula dan yang berada di bahagian tersebut ditukarkan ke tempat aku.
               Masa mula2 dapat tahu tu agak terkejut juga. Nak2nya staff yang bakal miSS ieQa gantikan tu pula bercerita macam2 hal. Stresslah katanya, berserabutlah. At first tu memanglah stress, nak2nya melihatkan file2 di belakang meja miSS ieQa yang berlambak. Tak tahu mana nak miSS ieQa mulakan. Mujurlah kakak2 kat cni nak tunjukkan ape yang perlu miSS ieQa buat. Al-hamdulillah, file yang berlambak tu makin surut aku "kerjakan"..hahaha.. Tapi yang miSS ieQa tak puas hatinya, orang yang bercakap stresslah bagai tu tak logik langsung. Bukan apa, dia siap cakap yang dia ni dah biasa kerja kat jabatan yang lebih BESAR dari tempat sekarang macam di PUTRAJAYA, JB...."Kalau betul ko dah biasa kerja kat tempat yang besar2 tu asallah kerja yang sikit punya senang ni tak boleh kau buat..?!! Betul tak..?!" Orang kalau dah pemalas tu memang banyak sangat alasannya. Nak kerja senang je kan. "Melawooo je yang boleh harap, kije hampeh..!!"
               So, pada korang yang baru masuk kije dalam kerajaan ni pandai2lah yerrr..gunakan pengalaman kita masa di swasta tu nanti. sangat bermanafaat tau. Lagi satu miSS ieQa nak cakap, kerja tempat baru ni banayk sangat cabarannya. Ada tu yang pura2 baik sangat dengan kita tapi belakang punyalah mengutuk. Ada tu memang suka bermuka2. Kalau boleh kalau nak bersaing tu biarlah bersaing dengan sihat. miSS ieQa dah penat sangat. Dah lama tak updatekan..!! Rindu tau...^_^...
LoTs oF LoVe from miSS ieQa... bye...!!! 

Sabtu, 17 Ogos 2013

@ku m3m@n6 Bo$@n D3n6@n Ko..!!

Semakin hari miSS ieQa semakin bosan mendengar masalah seorang teman ni... Bukan tak bersimpati dengan keadaannya tapi apa guna miSS ieQa bagi nasihat tapi "masuk telinga kanan, keluar semula telinga kiri.." Sakit pula hati Mak Jemah..!! Serupa macam mencurah air ke daun keladi. Senang cakaplah dia dengan suaminya sama jerr.. Tak boleh nak kata-mengata. Yang paling buat hati Mak Jemah panas bila dia tak habis2 nak menyalahkkan takdir. Bercakap macam rang tak ada pegangan agama. 
-Rasa nak menyorok jerr...!!-

miSS ieQa bukan apa, cakap lebih nanti terasa hati pula. Al-maklumlah mulut Mak Jemah ni macam puaka. Sekali bercakap macam Petir Halilintar...berdesup-desup...Kadang tu rasa serabut juga. (aku ni kalau dah meluahkan perasaan mulalah..!!) Anyway, seriously miSS ieQa memang dah muak and JELEK dengan hal diorang ni. Sayang tengok anak2 macam tak terjaga. Yang sulung tu dah menampakkan keras hati and keras kepala jerrr..kecil lagi tapi  degilnya..adoiiii..!! Kalau kita marah memang tak makan saman dah. Tapi nak salahkan budak tu tak boleh juga. Kita ni kalau mendidik anak tu janganlah kasar sangat, (PERINGATAN buat diri-sendiri juga). Kalau dah selalu naik tangan, budak pun dah LALI dah. Diorg jadi tak heran dengan rotan bagai tu.
Entahlah..kalau diorg ni taknak berubah tak tahulah aku nak cakap. Takda duit jerr jumpa kakak, mintak duit dengan makbapak. Baik tak payah kahwin, dok membujang lagi senang. To all girls and woman out there, kalau nak kahwin tu lain kali carilah yang betul2 boleh jaga kita. Zaman sekarang memang HARUS memandang HARTA. Kalau takat nak bergantung pada cinta jerrr, alamat...makan pasirlah jawabnya.

Tak Pasal2 Jerr, Dia Sentap..Entah Hape2 jerrr...!! @_@

Hairan yerr...komen sikit dah sentap. Pastu mulalah sound2 kita. Padahal niat kita nak bergurau jerrr..tapi yang lawaknya, apa yang dia cakapkan tu macam tak terkene kat batang hidung sendiri dia jerr.. Padahal masa arwah mak aku hidup dulu pun dia sekeluarga takda pun menjengah. Hmmmm..hairan pula rasa. Aku cuma tergelak seorang diri. Nak akap lebih2 nanti takut terasa hati pula, al-maklumlah family sepupu aku ni bukan boleh cakap lebih sikit. Dia bersuara takpa, cuba kita 'sound' dia semula...bertahun2lah tak bercakapnya nanti. So, matikan ayat jerr lah. Habis cerita...

      miSS ieQa malas nak panjang2kan cerita so, the best way is to be SILENT. Kadang sepupu-sepapat ni pandai bercakap jerr tapi diorang tak sedar tentang kesalahan diorang sendiri. Pada miSS ieQa, arwah mak selalu rindukan anak2 buahnya tapi tak semua anak2 buahnya rindukan dia. So, belajar dari sejarah lampau..miSS ieQa keraskan hati jerrr...habis cerita... Cuma lepas ni nak kena berhati2lah bila wat komen tu. Niat kita mudah disalah erti.
@_@

Khamis, 15 Ogos 2013

jGn asYiK menYaLahkaN TakDir..

Kenapa perlu menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri yang tak mahu berubah.

Haiii..tak habis2 lagi rupanya masalah kawan aku yang sorang tu. Tak habis2, si suami tu pula tak habis2 nak menyalahkan takdir. Kenapa susah sangat nak mengaku kesalahan sendiri...?!! Kau  tu ketua keluarga, patut jadi contoh yang baik pada isteri dengan anak2. Ini tak, kau fikir kau je yang betulnya. Banyak handsome muke kau..?!! Uishhh..betul2 bikin panas hati jerr... 

SMS dari isteri kau pada aku..:-
" DIA suka menyalahkan kita dengan mak (mertua DIA) tentang Baba (bapak mertua DIA) yg buat dia susah sampai dia tak bekerja & berduit, sedih kita..mak datang rumah pun  DIA tak salam, buat muka. Benci sangat kat mak,serba salah kita dibuatnya. Apa patut kita buat..? "

Adoiiii..sedih aku dengan masalahnya. Tapi, apa aku boleh buat..?!! Kalau minah ni adik kandung aku senang aku nak bahasakan si jantan tu. Apa aku mampu buat, berdoa jerrrlah... Aku harap suami dia akan sedar suatu hari nanti. Bukan senang nak jadi ketua keluarga. Kalau diri sendiri taknak berubah & asyik nak menyalahkan takdir alamatnya sampai kiamat pun macam tu lah kehidupannya...Berpegang pada rukun islam dan berpandukan rukun iman insya-Allah segala2nya akan berubah. Tapi kalau bercakap mcm orang takde pedoman,hmmmm....tak tahulah kau nka komen apa. So pada LELAKI kat lua sana, kalau nak berBINI tu harap2 korang tahu tanggungjawab korang yer.. Setiap dugaan yang diturunkan pada kita itu ada hikmah disebaliknya. Insya-Allah... Allah itu maha adil, maha mengetahui segala2nya. Berdoa, bersujud dan bermohon kepadanya....