FoLLoW mE (^_^)

Selasa, 28 Jun 2011

ALLAH-HUAKBAR..

Allah-Huakbar...lepas satu, satu dugaan datang pada keluarga kami..Abah belum lagi keluar hospital, tepat jam 12mlm tadi mak pula dikejarkan ke unit kecemasan. "Ya, Allah..berikanlah kekuatan pada diriku ini.." Lewat malam tadi mak mengadu sakit dada.. aku dah kelam-kabut.. cepat-cepat call MakCik aku sebab buku perubatan mak ada padanya. Sampai di depan pintu kecemasan belum sempat buka mulut mak dah rebah di kaunter. Ya, Allah...Ya, Rabbiii.. Ya, Salam.. Aku kuatkan semangat aku, orang didepan kaunter pun dah kelam kabut. Cepat-cepat mak di bawa ke unit kecemasan.. 15minit kemudian, MakCik dan PakCik aku tiba di hospital. Lama juga menanti keputusan, kemudian kelihatan mak di bawa ke bilik X-Ray. Lepas kelihatan mak dibawa masuk semula ke bilik rawatan kecemasan. Hampir 4jam menanti keputusan. Sampai aku hampir-hampir pitam di situ. Lastnya aku suruh suami aku pula yang menunggu. Tak lama kemudian, tepat jam 4pagi SAH sudah mak terpaksa ditahan di wad... Harap mak juga cepat sembuh. Esok aku sudah terpaksa pulang ke Melaka, harap adalah yang dapat pulang untuk menjaga mak dan abah di hospital. Harap mak dan abah cepatlah sembuh..

Isnin, 27 Jun 2011

ManUSia LUpa DiRi

-gaMBaR HiaSaN-

Wah..Wah..Wah..!!! Dah senang mulalah lupa diri. Kenapalah dengan jantan sorang ni, tak sedar diri betul..padahal dulu kerja pun tak tentu arah, duit rokok tu pun isteri yang tanggung. Tapi sekarang bukan main lagi, siap ada hati nak pasang sorang lagi. Mampu ke..?!! Hmm..mampulahkan sekarang sebab sekarang kerja pun dah bagus gaji pun besar, isteri pun pada kau macam dah tak ada daya tarikan di mata kaukan..?!! Tapi kau lupa agaknya, pengorbanan isteri kau tu. Sanggup bersusah-payah dengan kau. Tiba sekarang kau senang-senang buat macam tu pada dia. Memang manusia yang tak mengenang budi betul. Mentanglah kau dah berduit sekarang. Tapi tak guna juga kalau duit tu berkepul-kapul kalau hidup tu mudah lupa diri. Sia-sia juga kau belajar tinggi menggunung tapi tak tahu menghormati orang lain. Yang paling aku meluat, suka betul membangga diri..menipu orang kaulah paling arifnya. Lidah betul-betul bercabang, entah bilalah nak insaf agaknya. Sakit betul hati aku ni bila tiap kali aku menghadap muka kau yang berlagak tu. Pilu rasa di hati bila melihat isteri kau yang makan hati berulam jantung. "Ya, Allah..apakah kesudahannya hanya kau sahaja yang maha mengetahui. Kau lindungilah dirinya, berikanlah kekuatan padanya..Amin.."

SeMaKin puLiH..AL-HaMDuLiLLah

Aku still ada di kuantan..Adik-beradik semua sudah pulang ke rumah masing-masing, yang tinggal aku sekeluarga. Esok aku pula akan pulang ke Melaka. So far abah sudah beransur pulih tapi masih berada di Hospital. Harap abah cepat sembuh. Mak pula tinggal seorang diri di rumah risau pula aku esok. Ajak ikut aku balik ke Melaka dia tak mahu. Harap abang-abang aku dapat menjaga emak sewaktu ketiadaan kami. Abah cepat sembuh yee..!!

Ahad, 26 Jun 2011

sEmOGa aBaH cePaT sEmBUH


- GaMBaR keNaNGaN waKTu aBaH & maK siHaT LaGi -

Sedang sibuk aku melayan filem DEVDAS suddently kaklong called. Alangkah terkejutnya aku bila mendengar berita yang disampaikan. Abah dikejarkan ke unit KECEMASAN kerana serangan strok. Aku bergegas menghubungi suamiku. Hari ini betul-betul kelam-kabut..Jam 4 petang aku bergerak dari Melaka untuk pulang ke Pekan. Sampai di Pekan agak lewat jadi tak dapat melawat abah lagi. Tapi semau adik-beradik sudah berkumpul dirumah kuantan kecuali aku sekeluarga singgah dirumah Pekan. Esok kami akan melawat abah bersama. Harap semua baik-baik belaka. BF aku ( @H cHoNG ) pun ada menghubungi aku petang tadi sebab dia bertugas di unit Kecemasan. Harap semuanya akan baik. Terima kasih pada UncLe DinN sekeluarga dan MaK TeH sebab sudi membantu kami yang jauh ini. Jasa kalian amat kami hargai..

Jumaat, 24 Jun 2011

DeRiTaMu KiNi Ku Tahu..


Suka hati kau sahaja buat dia begitu, kau ingat dia tiada ibubapa ke..?!! Kau dera mentalnya. Fizikalnya pula, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kenapa kau buat dia begitu..? Mengapa kau seksa hidupnya..?!! Apa dosanya pada kau..?!! Masa bercinta berbagai perkara kau janjikan padanya. Manis mulut bila berbicara. Gunung dan lautan nak kau persembahkan padanya. Tapi setelah dia kau miliki, kau seksa hidupnya. Terluka hati ibu apabila mengetahui penderaan yang kau lakukan terhadap puterinya. Bertahun-tahun dia menanggung penderitaan itu seorang diri. Tiada tempat untuk mengadu. Gerak-gerinya sentiasa kau kawal sehingga dia tiada hak untuk dirinya sendiri. Jika diketahui oleh seluruh keluarganya pasti kesedihan dan kesengsaraan itu dapat dikongsi bersama.

Kau sememangnya lelaki yang TAK BERGUNA..kau lelaki EGO, SOMBONG & BONGKAK... Pandai sungguh kau menutup kejahatanmu, sehingga kau sanggup menjauhkan dia dari adik-beradiknya yang selama ini sungguh akra sekali. Tapi kau lupa, "air yang dicincang itu tidak akan putus". Begitulah juga ikatan persaudaraan antara isterimu dan adik-beradiknya. Mungkin kini kau berjaya jauhkan dirinya dari mereka tapi dihati, tetap bersatu. Mungkinkah kau akan sedar akan kesilapanmu itu..? Mungkinkah kau akan insaf nanti..? Rasanya TAK MUNGKIN.. Bagiku manusia seperti kau tidak akan mengaku kesilapan mahupun kesalahan sendiri kerana kau manusia yang tidak tahu menghormati orang lain. PERGI JAHANAM..  

Hari ini aku mengetahui penderitaan itu, dulu aku sekadar bermain teka-teki. Kini aku tahu kau sengsara hidup dengannya.  Aku doakan, moga di suatu hari nanti kau ketemui kebahagiaan yang selama ini kau cari. Ketahuilah bahawa keluargamu sentiasa ada disisi dan menyayangi mu dengan sepenuh hati..

Rabu, 22 Jun 2011

PuTeRi Ku BeRJaYa...!!

Tepat jam 12 tegahari, puteriku pulang dari sekolah..wah, bersemangat lagi. Belum masuk rumah dia dah panggil aku..rupa2nya nak tunjukkan hadiah yang Atiyah menang..terharu rasanya..


Tahniah buat puteri kesayangan kami NOR 'ATIYAH INSYIRAH, menang tempat pertama..!!
Ibu and Ayah love u so much..



Pingat yang dimenanginya...Berjaya...!!


BERSEMANGAT BETUL


Tepat jam 7pagi puteri aku dah terpacak atas tilam busuknya, awal betul dia bangun pagi ni. Bukan apa, semangat sangat sebabnyerr hari ini dia ada SINGING CONTEST di sekolah. Pakai pun cantik siap make-up lagi. Habis lipstik Maybeline aku di sental kat bibirnya. Tapi aku terlupa nak ambil gambar pagi tadi. Tepat jam 7.30pagi, gerak untuk ke sekolah. Hari ni siap dengan aku sekali menghantar. Huhuu..punyalah semangatkan..!! Harap-harap Atiyah boleh buat persembahan dengan baik walaupun ibu jarinya masih sakit lagi. All the best to my princess..

Selasa, 21 Jun 2011

SaLaH MaKaN


Mak tak sihat hari ni sebab salah makan..adoiii..perut "sebu" katanya. Malam tadi makan gulai nangka..hmmm..harap-harap mak sihat cepat..kesian mak, ajak datang sini tak mahu.. Harap mak sihat cepat..

Waaa..!! Sakitnyeee...

Hari ni badan betul-betul rasa tak sihat..biasalah,sakit orang perempuan. Seperti biasa tepat jam 12 tengahari anak aku akan pulang dari sekolah. Tapi hari ni dia tiba awal. Aku tak memasak hari ni, so memang plan nak makan kat luar. Suami aku sampai, aku pun cepat-cepatlah nak bersiap. Tiba-tiba....
Waaaaa.....!!
Anak aku menangis dari dalam kereta, rupanya jari terkapit dengan pintu kereta..Wallaweee..bengkak siot. Aku kelam-kabut cari minyak gamat dalam rumah. Dia tak pernah menangis sampai teresak, jatuh macam mana pun dia akan menangis sekajap jerr.. Tapi, hari ni dia menangis dengan penuh perasaan..sakit tu... Aku tengok ibu jari dia makin membengkak. Kesian puteri ku..Minyak gamat pun dah aku letakkan, harap 'Atiyah cepat sembuh.

Ahad, 19 Jun 2011

kuCinG oH kuCinG..

Kucing sememangnya binatang yang manja dan comel. Kata orang kalau kita pelihara kucing, murah rezeki. Tapi kalau dh terlebih peliharanya macam mana pula. Tuan empunya kucing pula..hmmm..entahlah, tau nak cakap. Aku bukan tak suka kucing cuma aku tak suka kucing tu buang najis merata-rata.


Sejak akhir-akhir ni, makin banyak pula kucing ada kat sekitar rumah aku ni. Bila kucing banyak..najis pun besepah-sepahlah..bosannya.. Aku geram sebab orang yang memelihara kucing ni macam tak faham bahase jerr. Kalau di ajar kucing tu betul-betul tak adalah binatang tu nak "membuang" besepah-sepah. Itu dah satu hal..belakang rumah aku ni dah jadi tempat kucing tu nak kencing. Hancingnyerr tak payah cakaplah..geram betul aku. Sekarang ni aku betul-betul tengah bengang. Rasa macam kotor sangat dah kawasan rumah aku ni. Bangun pagi kita nak hirup udara segar, tapi aku bangun pagi hidu bau najis kucing. Kadang tu terdetik juga dalam hati aku ni nak buang kucing-kucing tu tapi kesian pula. Tapi tuan empunyanya yang aku lebih geram. Tak mengapalah, selagi aku boleh sabar aku sabar. Kalau dah hilang sabar nanti tahulah aku nanti..Inilah dia..orang nak pelihara kucing dia pun nak pelihara juga tapi tak pandai...eee..agaknya dalam rumah dia pun kucing-kucing tu membuang merata juga agaknya.

aNaK iTu aMaNaH DaRi-NYa...

Today's Sunday..boring sebab hubby tak ada, kerja...waaa....!! So, so boring but still, my baby is here to cheer mummy.. Love her so much..


What to do, writing time..about teenagers today. Most of them just don't appreciate their parents. Yang girls sibuk dengan BALAKsnyerr and boys sibuk dengan AWEKsnyerr..tapi bukan itu isunye. Tak tahu bagaimana nak mulakan, but aku ada seorang kawan yang masih bujang tapi sudah ada anak. But that's not her real son. Katanya parent budak tu tak mampu nak jaga anaknya so my friend ni pun dengan baik hatinya has adopted baby tu as his own son. Bulan-bulan his parent hantar susu and pampers but still tak amek peduli hal budak tu. Kalau ya pun tak mampu nak jaga janganlah terlalu lepas tangan sampai budak tu masuk hospital pun diorang tak ambil kisah. Kata kawan aku lagi, parents budak ni masih muda. Umur dalam 20-an but itu bukan alasan korang taknak peduli hal budak tu. He's still your son, grow-up..macam tak ada perasaankan..?!! Mujurlah ada kawan aku tu. Sekarang baby tu pun dah 1 tahun. Tak pernah dapat kasih sayang from his own parent. Hanya ibu angkatnya (MY FRIEND) yang curahkan segala-galanya. Aku tak pernah tengok baby tu face to face, hanya dapat tengok di FB sahaja..memang comel budaknya. Pada teenagers semua, janganlah tahu nak enjoy sahaja. Kalau kahwin muda tu ingatlah tangungjawab, jangan nak sedap je. Bila sudah ada anak tu janganlah anggap anak tu sebagai satu beban tapi BERSYUKUR atas kurniaan dari ALLAH SWT..Ianya rezeki yang paling berharga di dunia. 

Rabu, 15 Jun 2011

OMG...!!! Tidak....!!!


Hampir 70kg. Oh, tidak...!! Berat badan aku makin menjadi-jadi ni, macam mana ni..?!!

Pagi ni seperti biasa rutin harian aku menyiapkan anak ke sekolah dan kemas rumah. Bila semua sudah siap aku pun menyiapkan diri aku pula (^_^). Tiba-tiba tergerak hati nak timbang berat badan. Aku pun dengan selambanya naik ke atas penimbang berat badan yang suami aku beli beberapa bulan yang lepas. 
ALAMAK..!!

Terkejut aku, berat badan aku semakin naik. Aku dah mula risau ni. Macam manalah aku nak turunkan berat badan aku ni. Adoiii.. Rasanya dah nak kene diet ni, tapi macam mana..? Selera makan aku sejak 2 menjak ini makin menjadi-jadi. Macam mana nak kawal yerr..waaa....!! Mesti POSITIF..aku mesti positifkan diri. Bermula hari ini aku akan kawal pemakanan aku. Macam mana sekali pun aku mesti turunkan berat badan aku ni.(Wah..bersemangat pula sekarang..!!) Aku mesti buang vitamin M yang terlalu banyak membiak dalam badan aku ni. Mesti kuatkan semangat. "KATAKAN TIDAK PADA KEGEMUKKAN." huhuhu...ye..ye je aku ni. So, start from tomorrow morning aku akan exercise. "POCO-POCO, HERE I COME.." Esok pagi lepas siap kerja rumah aku akan pastikan berpoco-poco untuk keluarkan peluh. Kene buang kolestrol berlebihan ni.. All the best to myself..huhuhu...

Selasa, 14 Jun 2011

Puteriku & Kad Repotnya


Cuti sekolah sudah pun berakhir. Anakku bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Seronoknya tak dapat nak digambarkan. Tapi, setiba di sekolah dia menangis. Katanya nak ke sekolah lain.. macam2 kerenah dapat ku lihat pagi ini. Agaknya kerana terlalu lama bercuti mood untuk ke sekolah semula agak liat hari ini. Tapi puteriku hanya menangis seketika. Bila dah jumpa kawan2 dia kelihatan gembira. Al-hamdulillah..tak susah nak memujuknya.
     
Time to pick up my daughter...!!

       Biasanya rutin ambil dan menghantar dilakukan suami aku. Tapi, memandangkan hari ini suamiku masuk kerja agak lewat jaddi aku mengikut sama. Setiba di sekolah dia bukan main gembira seolah2 ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama. REPORT CARD sudah keluar rupanya. Walaupun dia masih belum mengerti apa maksudnya tapi kelihatannya sangat gembira."Ibu..ibu..teacher suruh tgk buku pink ni.."katanya sambil menghulurkan REPORT CARDnya.. Al-hamdulillah keputusannya diluar jangkaan aku. Lagi seronok bila kami memujinya.."Pandailah 'Atiya ni, macam tulah anak ibu dan ayah..". Bila aku renung2 kembali, betapa dia membesar dengan cepat. Semakin pintar puteriku. Walaupun adakala sikap nakalnya mencabar kesabaran aku tapi aku gembira kerana dia membesar dengan sihat. Semoga dia tidak menghampakan kami. Membesarlah wahai puteriku, jadilah anak yang solehah dan tahu menghormati orang tuanya. Kepada-Nya aku berserah kerana Dia lebih mengetahui perjalanan hidupku di waktu mendatang.

Isnin, 13 Jun 2011

Berlagaknya Kau..!!

     
      Dulu kau suka membangga diri, cakap semua yang bagus2. Tapi sekarang kenapa kau diam seribu kata. Dulu kau ingat semua orang takut dengan kau walhal sebenarnya mereka berdiam kerana malas melayan sikap bodoh mu itu. Kau suka membangga diri, mahu pakai kereta besar walhal kau cuma menumpang ihsan orang lain (pinjam kereta oranglah maknanya tu, kalau beli kete besoo pn nnti jual gok sbb xdok duit nak bayoo). Kalau bekerja bukan main lagi kau canang, kononnya gaji kau berpuluh ribu (nak bg RM50 ke mertua pn mcm nk xnk bg je) padahal HAMPEHHhhh semuanya. Bak kata Awie dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah "buuseetttt..!!".
      Isterimu umpama hamba yang tidak bergaji. Dia yang penat bekerja tapi kau yang pegang pendapatannya. Kau sering bertukar tempat kerja. Berbagai alasan kau beri, bagi kau semua orang salah. Ada sahaja yang tidak betulnya (ko sorang je yang betul). Aku tabik isterimu kerana terlalu bersabar. Umpama hati berulamkan jantung, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hatinya. Anak2mu semua berjaya tapi bukan dari hasil penat lelah mu kerana kau umpama ...(faham2 sendirilah, mujur diorang ade bapak tiri kaye). Tapi kau canang pada semua kononnya kaulah mentor mereka (perasannya).
      Kau suke menabur janji manis sampaikan orang boleh terpedaya. Bila janji tinggal janji kau mula mengelakkan diri. Berbagai alasan kau beri. Kau ingat diri kau siapa..? Belajar tinggi menggunung tapi sayang seribu kali sayang, ilmu yang kau tuntut terpesong semuanya. Itukah yang kau belajar ketika kau menuntut diluar negera satu ketika dulu..? Cara2 memperdayakan orang, itukah ilmunya? Bilalah kau nak insaf ya..?!!
Kau suka mengaibkan orang lain sampai kau lupa cara untuk menghormati orang tua. Isteri mu kau caci..kau maki..di depan orang. Tidak kira tempat dan waktu, kau tengking kau herdik dia umpama isterimu tak punya ibubapa. Kau suka tunjuk besar kepala. Tapi sekarang mertuamu sendiri sudah pandai bersuara kerana mereka sudah tidak boleh bersabar lagi dan akhirnya kau terdiam. Siapa sangka orang yang selama ini kau sangka pendiam sudah pandai bersuara. (Hamekk kau, padan muke)
      Dialah manusia yang suka berlagak baik di depan mereka yang belum mengetahui belangnya. Temberangnya mengalahkan kanak2 tadika (ade ke die boleh ckp,"die bw kapal terbang atas bumbung rumah mak die pastu siap boleh lambai tangan masa mak die siram pokok bunga." tak ke BAPOK penipunyee). Banyak betul temberangnya, entah bagaimana isterimu boleh jatuh hati pada insan seperti kau (ayat power sgt gamoknyee..). Hmmm..tidak tahu apa lagi aksi yang akan kau lakonkan tapi yang pasti aku sudah bosan dengan sikapmu mahupun diri kau aku sudah meluat. Harap kau akan berubah dan insaf suatu hari nanti agar isterimu tidak lagi makan hati (Boleh berubah ke org mcm ni..?). Biarpun dia tidak pernah meluahkan perasaannya pada sesiapa pun tapi kami tahu apa yang ada dalam hatinya. Walaupun tidak sepenuhnya tapi dari raut wajahnya jelas terpancar kepincangan di hati.
     

Sabtu, 11 Jun 2011

Kenapa Begitu Sikapnya..?!!

                                    


      Lumrah kehidupan, ada pasang surut naiknya. Bukan itu yang nak aku ceritakan disini tapi adalah kisah yang buat aku rasa macam...hmmm..susah nak digambarkan perasaan ini. Menghairankan, kenapa manusia bersikap begitu nak-naknya pada darah daging sendiri..?
      Sudah lama aku perhatikan sikapnya. Asal bergaduh dengan yang si A dia akan berbaik dengan si C. Macam-macamlah nanti yang akan digosipkan bersama. Kemudian,apabila sekian lama bermasam muka dia akan berbaik semula dengan si A tapi cerita tak habis di situ. Si C pula jadi mangsa..begitulah seterusnya. Macam-macam halkan. Bila ada yang susah di keji tapi bila senang dijunjung tinggi tapi kalau kita terlebih senang darinya mulalah iri hati. Ada saja yang tak kena, mulalah buat cerita..si kaya kononnya lupa dirilah,sombonglah padahal dia yang DENGKI. Pendek kata orang lain tak boleh lebih dari dirinya. Malang sungguhkan..?!!
       Mungkin inilah nasib keluarga yang besar tapi tidak bersatu hati. Mulut masing-masing memang tak ada insurans. Main ikut sedap je bila nak mengata. Masa tu tak fikirlah dosa pahalanya. Kalau kita yang bersuara nanti dikatanya Kurang Ajar tapi dia sedar tak yang dia tu dah TERLEBIH diajar sampai jadi kurang ajar.. Bagi aku orang macam ni kita harus gelar mereka MULUT LONGKANG..Kenapa?!! Sendiri mau ingat ya..!! Anak-anak semua berpendidikan tinggi tapi tidak tau menghormati orang yang lebih tua. Melawat ibu saudara yang sakit pun bersalam umpama tak cukup jari. Hujung-hujung sahaja yang bersentuh. Manalah diorang ni belajar agaknya. Tak guna kalau sembahyang tonggang-tonggek tapi suka buat fitnah sana-sini. Seronok sangat ke jaga tepi kain orang ni ekk?!! Entahlah, nak ditegur tua-tua bangka belaka. Lagipun sapalah aku manusia yang kerdil ini. So,pada mulut-mulut longkang ini rajin-rajinlah "MENCUCINYA". Kalau tak bersih juga gunalah Clorox yerr..takkan nak beli clorox pun tak ada duit kot..(",)..  


Jumaat, 10 Jun 2011

Hati Yang Terluka

      Awal bulan Mei 2011, ibuku telah di masukkan ke HTAA bahagian kecemasan. Pada hari tersebut Alang sekeluarga ada di Kuantan. Aku mendapat panggilan dari abah jam 6.30pagi..berita itu cukup mengejutkan aku kerana 2minggu sebelumnya aku ada balik ke Pekan. Mak sihat lagi ketika itu. Aku menangis, takut apa2 terjadi pada mak. Tapi kata alang, mak tidak apa2. Pada hari tersebut aku tak dapat balik ke Pekan, KakLong juga tak dapat balik. Tapi kata Alang "jangan risau" kerana mak dalam keadaan stabil. Al-hamdulillah..
      Selang beberapa hari aku menerima panggilan dari salah seorang sedara aku. Agak mengejutkan bila aku menjawab panggilan itu. Bukan kata2 semangat yang aku terima tapi aku di marah hanya kerana tidak dapat balik menjenguk mak di hospital. Paling menyedihkan bila DIA katakan pada aku yang kami adik-beradik tidak ada tanggungjawab dan lebih dahsyat lagi apabila mak dikatakan sudah "nyawa2 ikan". Aku menangis dan kerana tidak mahu berbalah, aku putuskan sahaja talian. Kesian mak, punya adik yang KURANG AJAR..sanggup dia bercakap tentang kakak sendiri sebegitu. Aku sedih, segala kata2nya aku luahkan pada kakak2ku. Kenapa mereka sanggup berkata begitu..?!! Bila bercakap pada ketika itu seolah2 mak kami menyusahkan mereka. Tapi apa yang mak aku susahkan mereka..?!! Selama ini pun bukan mereka yang beri makan pada keluarga kami. Pandai2 kata kami ini anak yang tak bertanggungjawab. Sabar kami ada batasnya.
      Seminggu kemudian mak telah dikeluarkan dari hospital. Aku pun balik, agak bengang juga apabila kata mak mereka hanya menjenguk mak di hospital hanya sekali sahaja. Tapi masa DIA marah2 pada aku seolah2 setiap hari pergi menjenguknya. Betul2 buat aku sakit hati. Yang betul2 datang menjenguk mak hanya dua orang Pakcik aku. Mereka sahaja yang sering datang menjenguk. Aku kesal kerana mereka bersikap begitu pada mak. Tidakkah mereka sedar, setelah kehilangan ibu (Nenek Ku) maklah pengganti kepada ibu mereka kerana mak aku adalah anak yang sulung. Sungguh kurang ajar. Agaknya mereka sudah lupa asal-usul mereka. Masa mereka susah dulu mak & abah tak pernah berkira. Nak pinjam itu, nak pinjam ini sampai nak kahwin pun abah yang tolong. Nak sambung belajar pun abah tolong juga. Anak lari dari sekolah tu pun aku tolong..tapi manusia biasalah. Mudah lupa diri, bila sudah senang begitulah jadinya.
      Ingatkan semuanya sudah selesai, rupanya ada lagi yang masih mengata. Isu "shopping time" di FB pun nak di heboh2kan. Dah tak ada kerja lain ke..? Aku nak bershopping ke bukan minta duit diorang apatah lagi duit suami diorang..Beringat2lah, dari menjaga hal aku baik jaga hal korang tu. Jangan sampai "terkantoi" suami "makan luar" siapa yang malu..?!! Aku tak malu sebab bukan suami aku yang buat kerja2 macam tu.
      Maaf jika apa yang aku tulis di sini melampaui batasan tapi aku sudah tidak tahan lagi. Harapan aku semoga diorang insaf. Mind your own bussines..jangan sampai sibuk hal kami sekeluarga sampai tak sedar ada diantara suami korang main kayu tiga di belakang.