FoLLoW mE (^_^)

Jumaat, 30 September 2011

Kesian..

Lalalalala..**mood tension..
Siang tadi dia call aku mengadu ttg masalah dia yang tak pernah ada kesudahan. Pening kepala aku ni, kejap ceritanya begitu. Kejap ceriatanya begini..**aku rasa otak die dh bnyk sgt wayer yg putus sbb tu cerita slalu berubah2 ^_^.. Tapi sebagai pendengar setia aku layankan jugalah. Sekarang dia kata bekas suami dia dah xnk ambil tahu ttg ank mereka pula. Waaaa..apa sudah jadi ni...?!! Tapi aku dh bnyk sgt dengar cerita ttg mereka ni. Aku tak kesian pada dia pun, yg aku kesiankan ank mereka. Tekanan yg tak pernah putus. Tak tahulah aku mcm mana budak tu membesar. Bagi aku yg salahnya dia, sbb terlalu menurut kata family dia. Sampai dia kawin baru pun tetap bermasalah. Hmmm..entah bilalah kesudahan kisah hidup mereka ni. Aku kesian dan simpati sgt pada budak2 tu. Membesar dalam situasi yang amat tertekan. Dia ckp xnk anknya jd pendendam tapi sebaliknya dia yang membuat anak jadi pendendam. Entahlah..aku sekadar pendengar. Nasihat juga pandangan serta pendapat telah aku berikan, terpulang pada dirinya untuk mempertimbangkannya. Tepuk dada tanya selera..**mcm pakar motivasi plak, hahaha...

Bergaduh kerana si suami ada affair di luar, tapi yang jadi mangsa..?!!

ANAK-ANAKLAH...Hmmmm...

Kau Dan Kenangan Lalu

Dah tertulis..dia bukan lagi milikmu
Janganlah kau simpan dendam dihati kecil mu itu
Tiada gunanya untuk kau kenang kisah yang lalu
Terimalah takdir ini, dia diciptakan bukan untukmu
Kenapa perlu kau ungkit kisah yang  lalu
Sedangkan kini mereka sekeluarga sudah berjaya
Sedangkan kau masih ditakuk yang lama
Dan kini mereka bahagia..bersama keluarga yang mereka bina

Pernahkah kau terfikir..
Semua yang berlaku datangnya dari dirimu
Sikap keluargamu yang dingin..buat dia menjauh hati
Keluargamu menghinanya
Hanya kerana dia tak berharta
Kini dia sudah berjaya
Tiba-tiba keluargamu mengagung2kan dia
Sedangkan suatu ketika dulu dia di pandang hina
Sekarang kau pula yang dipersalahkan
Sedangkan mereka yang dahulunya menegah kau dari terus bersamanya

Kini kau juga sudah berkeluarga baru..
Seperti dulu juga keluargamu menghina
Suami mu tiada kedudukan..tidak berharta
Dia juga turut dihina..perlukah kau ulangi kesilapan yang lalu
Hanya kerana ingin memuaskan hati mereka
Sudah2lah merungut..jadilah isteri yang solehah
Taatilah dia kerana sesungguhnya rezeki itu pasti ada
Allah menetukan segala2nya..dan kekayaan dan kemewahan itu bukanlah segala2nya
Berubahlah..
Jadikanlah kenangan lalu sebagai pengajaran
Agar kau tidak tersilap lagi..

Dedicate to my dear Narissa Sofea, please forget about the pass n live happy with your new life. Hope you'll find what you've been looking for..I just want you to be happy.. 

Khamis, 29 September 2011

Love & Miss

WISH... i could turn back time
So i can be with her a little bit longger
WISH... she was here
But she already gone..left me alone
No more sharing secret..no where to go
No one to talk with..but i know and always knew
She's here in my heart..
ALWAYS DO...
And i know she loves me as much as i do..

SaHaBaT SeJaTi..^_^



Sahabat...
Dialah teman ketika kita suka mahupun duka
Dialah teman dikala hati inginkan teman untuk berbicara
Dialah teman dikala kita kesunyian
Dikala jiwa ini sesak..buntu..hilang arah tuju..
Dia datang memberi kita kata-kata semangat
Dikala kesunyian itu datang
Dia pasti menemani kita..menjadi pendengar setia
Dia tidak akan pernah jemu bersama kita
Kerana dialah..
Sahabat Sejati..



JiWa YanG LaRa

Biarpun di dalam hati aku bersedih
Tak mungkin aku akan tunjukkan pada mereka
Biarpun aku di dalam kesusahan
Tak akan aku susahkan mereka
Kerana aku tidak mahu menjadi beban

Biarpun didadaku  ini terasa sesaknya
Akan aku cuba bertahan
Akan aku terus harungi segala dugaan ini
Biarpun ada  ketika semangatku terasa semakin hilang
Akan aku cari..dan akan aku kumpul kembali untukku jadikan kekuatan

Jiwaku tak pernah rasa kosong
Tapi seringkali rasa dilukai, dikhianati..
Oleh mereka yang buta hati

Sepi..?!!
Tidak sekali-kali kerana aku punya sahabat yang setia mendengar keluhan..
Luahan..derita dihati..
Bersyukur aku kepada-Nya kerana dikurniakan sahabat seperti dirimu
Yang setia mendengar tangisan hati ini

GooD DeAr FrieND

Thinking...

This morning got another msg from my dear friend. I know i'm wrong but please understand me dear, i've got a lot of things to think about. To much problem in mylife since that day. I'm frustrated, sad, hate n lots more feeling in my mind n in my heart. Like a broken heart when u keep pushing me. If u really r my GOOD DEAR FRIEND, i'm begging u please understand me. It really makes me unhappy when u make mylife so hard. Felt miserable..honestly i lov u with all my heart but forgive me, i didn't meant to hurt ur feeling. Forgive me dear..
In the same time i'm so frustated..

In Memory..

Pagi ni terima kejutan lagi, Bonda kepada sahabat karib ku telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah.. Buat sahabatku sekeluarga, takziah dari kami sekeluarga.
-In memory-

Rabu, 28 September 2011

..T_T..

Well..what's the story for today. Hmmm..i'm really not in a mood.. (Mood tonggang-langgang ^_^) ..Why am i so hard to forgive someone that once hurt my heart very badly..? I tried to forgive n to forget but still it hurt's inside. Plezzz help me..!! I pray to ALLAH so i can forgive them but..hmmm..it's so hard..i don't know. Love them but in the same time hate them so much. Confius right..?!! Don't know what to, what should i do?!! Seem's like happy inside but in reality, it's hurt..sad..unforgiven..waaa..!! Still trying to make the best in mylife..only ALLAH knows what it feel inside..T_T

-I'm still trying, to forgive n to forget..-

Sabtu, 24 September 2011

Tragis Dengan Perempuan PCYCOTIC..

Waaa..!! Lame tul i  tak update blog ni..sebenarnyerr baru baik dari dmam. Huhuhu...Hari cuti,so lepak2 sambil layan Bollywood kt TV2..ank dare i plak cbuk menari depan tv,,ala2 princess gitu.. Nak tahu cite..smlm terbace kisah trajis my BFF kat wall FB. Husband die de tulis de psycotic woman datang menyerang siap berparang2 kate citenyerr. So tragis..takut aku dengar. Tapi yg sedihnyerr, that woman  yg i ckp psycotic tu bkn org lain..de kene mengene jugalah dgn family BFF i ni. Tak tahulah ape masalah perempuan tu sampai die tuduh yang bukan2 pada BFF i. Menyirap jg bile dengar luahan hati die.."B strong sis.." I rasa xpatutlah that women wat mcm tu pd diorg satu family. Cakap sampai merapu2, dah berumur pun but mcm xde keinsafan dalam diri. Katanyerr dah pergi HAJI tapi xmcm dah g haji, mcm AJINAMOTO lagi delh. Uishhh...!! Adegan ungkit-mengungkit, jerit-menjerit, pekik-memekit dan sebagainye semua de. Yang paling dahsyat,siap bawa anak buah die satu kete yang siap beruniform "Polis daaa tapi xmasuk rumah pun",saboo jelah. Ingatkan cite hbs sampai mlm tu jerr rpnyerr de sambungan lagi. That woman yg i cakap psycotic tu hantar plak SMS maki2 mother BFF i tu plak. Die ingat diri dia sempurna sangat ke..?!! Manusia mcm ni mmg hati gelap rasanya. Sia2 jerr pergi ke Tanah Suci, ingat ke sana nk sucikan diri, bersihkan hati..rupanya setakat nak dapat gelaran je agaknyerr. Insaf tu pun sejap jerr pastu buat blk perangai lama. Harap Allah SWT dapat beri hidayah pada perempuan tersebut. Harta, kemewahan, kekayaan semua tu hanya bersifat sementara. Kaya sgt ke dia tu..?!! Semoaga sahabat i tu dapat tempuhi dugaan ini. Allah SWT itu adil..

Ahad, 18 September 2011

MooD SemaLam..H.E.MO...!!

Good morning..!!
Pagi yang cukup menyamankan. Pagi ni cuaca agak lembap sebabnya malam tadi hujan,tak pasti pukul berapa hujan turun. Baju di hampaian pun still lembap. Sambil melayan anak menonton Pink Panther di "channel 2" tetiba aku terfikir,nak masak apa hari ni yerr..?!! Hmmm...
Sebenarnya petang semalam mood aku agak "HEMO" sebabnya hangin dengan anak orang sebelah. Bukan pe,tapi rasanya budak2 sekarang memang dah takde adab. Kurang ajar pun yerr juga. Aku punyalah baik tanye "korang tengah wat pe..?"..boleh die jawab, " Buat bodoh.." Hanginnye aku..tapi dengan muke selamberr aku jawab balik,"La..korang buat bodoh,taknak wat cerdik rupanye. Suruh jadi cerdik nak jadi bodoh,sia2 mak ayah korang hantar pergi sekolah sebab nak jadi bodoh.." Hahaha..puas hati aku. Bukan pe,walaupun niat tu nak bergurau tapi agak2lah dengan sapa yang ko nak bergurau tu. Kecik2 dah jadi kurang ajar,besar nanti entah ape nak jadi agaknya. Sedih tau bila tengaok perangai budak2 sekarang dah tak tahu nak hormat orang yang lebih tua. Kalau anak2 aku tu,mahu je aku sental mulut tu dengan cili padi,tak pun sental dengan berus besi bio die rase sikit. Kalau arwah mak aku dulu ckp lebih kurang macam tu mahu bengkak bibir aku ni kene tampar. So,pada ibubapa luar sana, harap korang ajar anak korang dari sekarang. Kalau nampak diorg cakap bukan2 tegur n bagitau diorg pe yang dicakapkan tu kurang enak di dengar dan tak sopan. Kite ni kalau nak melentur buluh biar dari rebungnyerr, betul tak..?!! Fikir2kanlah.. Oklah, sekarang nak sambung fikir nak masak pe utk tengahari ni.. Salam...(^_^)..

Khamis, 15 September 2011

BenGanG..!!

Weii..Heii..Heii..menyirapnye aku hari ni. Cuaca kat luar dahlah panas bertambah2 lagilah menyirap darah aku ni. Tengah syok2 driving tadi sambil layan lagu kat Fly F.M tetibe ade satu biji motor ni entah dari mana datangnye melintas aku dari side kiri. Mau tak terkejut beruk aku (mujur xjadi beruk lagi) nyaris2 terbabas..laju tak ingat, nak terkincit sangat agaknyeee... Aku bengang betul dengan penunggang2 motor ni, kalau yerr pun nak cepat nak memotong tu biolah betul carenyerr. Ini x, main ikut suke die jerr. Kalau aku xmengelak tadi mau die tercium pokok kat tepi jalan tu dan sebabkan penunggang tu juga aku nyaris2 terbabas ke jalan yang bertentangan. (Tak ada civic punyerr orang..!!) .. So pada penuggang2 kat luar sana tu kalau korang  agak2 nak cepat jgnlah memotong ikut kiri. Cara korg memotong tu bkn sahaje membahayakan pemandu lain malah membahayakan diri korg juga. Kalau pemandu kt depan korg tu perlahan sangat bw kete ko bunyikanlah horn ko tu supaya org yg tengah driving tu dapat bg laluan.

Lainkali belajar hormati orang lain, jalanraya tu bkn milik kite sorg jerr..milik semua pengguna..

Selasa, 13 September 2011

ByeBye K.U.C.I.N.G

Lamanya aku tak buka blog ni..rasa rindu pula..bukan tak ada ilham utk mengarang tapi moodnya "kureng", so main game jelah yang boleh hiburkan hati. Hmmm..wat 2 story ekk?!! Entahlah but pe yang aku rasa sekarang SO BORED. Just not in the mood.
Sekarang kawasan rumah aku dh tak banyak kucing macam dulu..kebanyakkannya dh "GHAIB"..dengar2 cerita tuan rumah dah buang kucing2 tu..suke aku. YES..YES.. Buka pintu waktu pagi tak adalah aku nk cium bau najis kucing tu. Kawasan parking kereta pu dh bersih dari najis2 tu. Hati aku pun xdelah sakitkn. Itulah, orang nak pelihara kucing awak nak pelihara juga. Kan dah xpasal2 kucing2 tu kene buang. Lalalala..!! Aku bukan tak suke pd kucing2 tu but cara tuan empunye yang menyakitkan hati. So sekarang hati aku memang puas..
Oklah, time to sleep..need 2 wake up early. Got a lot of work to do. So, good night..!!

But still i lov cat esspecially this Fat Garfield..muahh..!!

Isnin, 5 September 2011

Aidilfitri 2011



Tahun ni agak lain, pertama kali beraya tanpa bonda tercinta. Balik ke rumah di Tanah putih, masih ada bau mak di biliknya. Harum..wangi..sayu rasa hati bila aku duduk katil rasa spt mak msih disitu. Sampai ke hari ini aku rasakan mak dekat dengan kami sekeluarga. Tapi, al-hamdulillah..aku dapat mengawal perasaan rindu ini.
Terubat bila berhari raya di rumah mertua..keriuhan mengubat rindu di hati. Teletah puteriku serta anak2 buah ku sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa. Akan aku jaga rumah pusaka itu sebaik yang mungkin, apa yang termampu akan aku perbaiki. Insya-Allah, bila sampai masanya aku akan kembali ke rumah itu. We love Mak with all our heart. Sekarang yg aku hanya ada ibu mertua, moga dia dapat menjadi tempat aku menumpang kasih dan rinduku pada Mak.